LHDN PERJELAS ISU KEBOCORAN DATA PEMBAYAR CUKAI

338
SHARES
2k
VIEWS

Isu kebocoran data pembayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang ditularkan hari ini mendapat maklum balas segera daripada pihak HASiL yang menafikan dakwaan tersebut. Antara dakwaan yang diterima ialah mengenai maklumat peribadi pembayar cukai boleh dicapai dengan mudah melalui platform MyTax

Sehubungan itu, Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif HASiL melalui kenyataan media yang disiarkan hari ini menegaskan bahawa kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax adalah selamat dan terjamin kerana ia diindungi oleh teknologi keselamatan data yang diiktiraf.

Pihak HASiL memandang serius isu yang ditularkan di platform media sosial itu dan meletakkannya sebagai keutamaan yang tertinggi dalam usaha meningkatkan keyakinan serta kepercayaan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh mereka. HASiL juga akan terus berusaha menambahbaik mutu perkhidmatan dan bertindak secara proaktif serta telus bagi menangani isu ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts