DUA GANDINGAN YANG MAMPU MEMPERKASAKAN UMNO JERANTUT

359
SHARES
2.1k
VIEWS

Antara yang bertanding pada Pemilihan UMNO 2023-2026 kali ini bagi merebut jawatan Ketua Bahagian Jerantut ialah Ahmad Murad Idris, yang merupakan seorang jurutera dan tokoh belia yang dikenali ramai dalam kalangan ahli UMNO. 

Pemilihan bagi jawatan Ketua Bahagian Jerantut ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Haris Salleh Hamzah, seorang peguam, Datuk Mohd. Taufek Abd. Razak, seorang pengamal undang-undang yang juga bendahari dan penyandang ahli jawatankuasa (AJK) bahagian serta Adzlan Zakaria, pegawai khas kepada bekas Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris.

Sementara itu bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian pula, bekas Setiausaha Akhbar Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak iaitu Datuk Rozilan Salleh telah menawarkan diri merebut jawatan tersebut.

Berbekalkan prinsip perjuangan sebenar bangsa Melayu dan Bumiputera sebagai visinya, Ahmad Murad menegaskan bahawa misinya ialah untuk mengembalikan maruah UMNO dengan cara menyatukan kembali mereka dalam satu perjuangan tanpa mengira kelompok identiti.

Beliau yang pertama bertanding jawatan tersebut bertekad untuk memastikan UMNO terus mendapat kepercayaan orang Melayu di negara ini khususnya Jerantut agar megah berdiri dalam perjuangan bangsa, sekaligus mengekalkan keharmonian bermasyarakat. Menurutnya UMNO juga perlu berwibawa dan sentiasa ‘segar’ dilihat rakyat.

Rozilan pula menjadikan pemerkasaan parti sebagai agenda utama, demi survival dan kelangsungan parti keramat UMNO yang selama ini menjadi pilihan oleh majoriti rakyat di negara ini. Melalui pengalaman yang ada serta hubungan rapatnya dengan kepimpinan di peringkat negeri dan nasional, Rozilan yakin mampu berperanan dan menyumbang kepada parti, khususnya kepimpinan UMNO di Bahagian Jerantut.

Sehubungan itu, Murad dan Rozilan mengharapkan agar ahli-ahli UMNO yang ingin melihat perubahan perlu bersama-sama mereka dalam menentukan masa depan parti. Perubahan corak kepimpinan sangat diperlukan agar ia sentiasa dipandang segar oleh masyarakat. “Kami berjanji akan mengembalikan maruah UMNO menjelang PRU-16,” katanya lagi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts