ROZILAN TANDING JAWATAN TIMBALAN KETUA BAHAGIAN UMNO JERANTUT

344
SHARES
2k
VIEWS

Berdasarkan kecintaan kepada parti keramat UMNO serta ingin menumpah bakti menyumbang khidmat khususnya kepada Bahagian Jerantut, Dato’ Rozilan Salleh bertekad untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian Jerantut pada Pemilihan UMNO penggal 2023-2026 kali ini.

Selain ingin menjadikan pemerkasaan parti sebagai agenda utama demi survival dan kelangsungan parti keramat UMNO, bekas Setiausaha Akhbar Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak itu juga berazam memulihkan imej parti seterusnya meletakkan UMNO pada landasan dan kedudukan yang sebenar agar parti keramat ini mampu kembali semula menjadi juara di hati rakyat.

Saya penuh yakin dan percaya, sekiranya diberikan ruang dan peluang, berbekalkan sedikit pengalaman pernah berkhidmat di peringkat tertinggi negara, bersama Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia Ke-6, disertai hubungan rapat erat saya dengan kepimpinan di negeri dan nasional, InsyaAllah saya yakin mampu berperanan dan menyumbang kepada kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut.”

Rozilan juga yakin dengan pengalamannya termasuk berada dalam Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, di mana pelbagai cabaran telah dilalui serta pelajaran dan iktibar yang dipelajari sedikit sebanyak beliau yakin mampu memahami kehendak dan aspirasi rakyat khususnya ahli-ahli parti.

Sungguhpun begitu, Rozilan tetap bersikap realistik dan tidak menjanjikan “bulan dan bintang ataupun intan permata” tetapi jika diizinkan Allah, diberi peluang dan kepercayaan oleh perwakilan ke Persidangan Bahagian pada 18 Mac 2023 ini, beliau berjanji akan berkerja dan berkhidmat sebaiknya. Hanya yang terbaik buat semua dan untuk UMNO Jerantut.

Semoga Pemilihan UMNO 2023-2026 kali ini mampu mengukuhkan ukhwah sesama UMNO dan menobatkan kembali parti itu di hati rakyat, sekaligus berupaya bangkit kembali menjadi kerajaan di tanahair tercinta ini, In Sha Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts