• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Wednesday, March 22, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

ABDUL FATTAH CALON TIMBALAN PENGERUSI TETAP UMNO

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
March 10, 2023
in Politik, Utama
0
ABDUL FATTAH CALON TIMBALAN PENGERUSI TETAP UMNO
32
SHARES
355
VIEWS

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia pada Pemilihan UMNO 2023-2026.

Beliau berpengalaman luas sebelum ini termasuk menjadi Presiden Asean Co-operative Organisation (ACO) dan juga Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia Pasifik (ICA-AP) bagi sesi 2022-2026. 

Abdul Fattah memakai nombor calon 2, berpengalaman selama dua penggal sebagai Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Tetap Alumni Belia 4B serta Timbalan Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia beriltizam untuk memantapkan dan membantu Pengerusi Tetap UMNO Malaysia yang akan dilantik kelak.

Selaku bekas Exco Pemuda UMNO, beliau turut memberi nasihat semasa Persidangan Agung UMNO yang lepas dengan mengingatkan perwakilan agar bersatu. Menurutnya, tiada sedikitpun kebaikan dapat diraih sekiranya UMNO terus berpecah. Beliau turut mengingatkan supaya semua ahli dan pemimpin parti berhenti daripada melakukan tindakan sia-sia. Katanya, “Sekiranya ia karam di lautan, maka yang kenyang hanyalah ikan yu.” 

Dengan perjuangan “Agenda Melayu Didepani“, Abdul Fattah bertekad memastikan nasib kaum itu terbela sepanjang masa. Ini kerana apabila bercakap tentang agenda Melayu, tiada siapa yang boleh mempertikaikan UMNO ialah juaranya. “Cubalah Google dan cari di mana-mana, nescaya Agenda Melayu akan dikaitkan dengan UMNO. Selama 76 tahun UMNO sentiasa mendepani agenda Melayu bagi memastikan orang Melayu terbela sebilang masa.“

Beliau turut menaikkan semangat para perwakilan dengan berkata, “Pengasas UMNO iaitu Dato’ Onn Jaafar pernah berkata: Jemputlah menjalankan rundingan dengan keadaan berbaik-baik dan berikhlas hati dan sekiranya hendak mendatangkan teguran maka biarlah teguran-teguran itu barang yang bernas dan memberi faedah. Inilah semangat seorang pemimpin yang sentiasa terbuka dan matang. Keutuhan organisasi diperlukan dalam sebuah perjuangan yang panjang.“

Justeru, semoga perjuangan memartabat dan mengangkat kembali darjat parti keramat UMNO di negara ini bakal dimudahkan Allah Taala. 

Sebagai rekod, pemilihan jawatan Timbalan Pengerusi Tetap kali ini ditandingi oleh sepuluh calon, yang mengetengahkan misi dan visi masing-masing beserta rekod perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada parti dalam usaha untuk memulihkan dan memperkasa UMNO.

Tags: Abdul Fattah AbdullahAngkasaPemilihan UMNOTimbalan Pengerusi Tetap
Previous Post

JOHARI BAHARUM TANDING MKT PADA PEMILIHAN UMNO 2023

Next Post

ROZILAN NAFI TARIK DIRI TANDING JAWATAN TIMBALAN KETUA BAHAGIAN

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

ISHAM JALIL, CALON AHLI MKT NO.36

ISHAM JALIL, CALON AHLI MKT NO.36

March 16, 2023
LOKMAN ADAM, CALON AHLI MKT NO.14

LOKMAN ADAM, CALON AHLI MKT NO.14

March 16, 2023
MOHAMMAD YAHYA ZAKARIA TANDING JAWATAN NAIB KETUA UMNO JELEBU

MOHAMMAD YAHYA ZAKARIA TANDING JAWATAN NAIB KETUA UMNO JELEBU

March 15, 2023
KERJA SUKARELAWAN, PENDIDIKAN JADI ASAS PERJUANGAN FADILAH SALLEHUDDIN

KERJA SUKARELAWAN, PENDIDIKAN JADI ASAS PERJUANGAN FADILAH SALLEHUDDIN

March 15, 2023
ASYRAF CAMPUR TANGAN PEMILIHAN PEMUDA UMNO?

ASYRAF CAMPUR TANGAN PEMILIHAN PEMUDA UMNO?

March 10, 2023
ROZILAN NAFI TARIK DIRI TANDING JAWATAN TIMBALAN KETUA BAHAGIAN

ROZILAN NAFI TARIK DIRI TANDING JAWATAN TIMBALAN KETUA BAHAGIAN

March 10, 2023

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In