AZALINA, ZAMBRY KE EROPAH URUS TUNTUTAN KUMPULAN SULU

340
SHARES
2k
VIEWS

Kerajaan Malaysia mewakilkan Datuk Seri Azalina Othman Said ke Eropah termasuk Perancis bagi mengendalikan kes berkaitan beberapa aset milik negara yang dituntut oleh kumpulan yang mengaku waris Kesultanan Sulu. 

Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir mungkin turut serta bersama Azalina dalam masa terdekat. Beliau berkata ia merupakan antara usaha Malaysia dalam menangani kumpulan tersebut yang cuba mengambil kesempatan menggunakan kepakaran mereka dalam melaksanakan tuntutan dari satu mahkamah ke mahkamah yang lain.

Umpamanya bermula di Mahkamah Sepanyol, mereka kalah kemudian pergi ke negara lain seperti Perancis, kemudian ke Luxemborg dan selepas itu ke mana-mana negara yang mereka rasakan ada kemungkinan dan kebarangkalian untuk mereka dapat kemenangan dalam kes ini.

Justeru, semoga kerajaan Malaysia beroleh kemenangan dalam pengendalian kes ini dan diharapkan kumpulan oportunis yang mengambil kesempatan ini dapat ditangani terus selama-lamanya tanpa melibatkan tuntutan yang lain di kemudian hari.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts