PRN DAN RETORIK “NO ANWAR, NO DAP”

344
SHARES
2k
VIEWS

Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri yang akan dilaksanakan tidak lama lagi iaitu di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kedah dilihat banyak pihak sebagai medan menguji kekuatan gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Harapan pasca PRU-15.

Ini kerana sebelum PRU-15, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional masih belum bersama bergabung membentuk kerajaan dan rakyat juga mengundi berdasarkan sokongan dan sentimen masing-masing kepada Pakatan Harapan atau Barisan Nasional, bukan kedua-duanya.

Kini, senario berubah dan semua parti komponen Pakatan Harapan termasuk DAP bersama UMNO-Barisan Nasional bagi membentuk Kerajaan Perpaduan, hasil usaha Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong mencemar duli membantu menyelesaikan kemelut politik tanahair.

Oleh yang demikian, para pengundi pada PRN di enam buah negeri kelak akan mengundi berdasarkan senario ini, sama ada memilih BN-PH atau Perikatan Nasional. Naratif “No Anwar, No DAP” juga sepatutnya sudah ‘basi’ untuk dikitar semula kerana kini semua parti sudahpun bekerjasama bersama mereka.

Bezanya, UMNO bersama Anwar dan DAP membentuk kerajaan apabila dititah cadang oleh baginda Tuanku, tetapi PAS serta Bersatu bersama Anwar dan DAP sebelum ini adalah untuk menumbangkan kerajaan. Nampak sahaja sama, tetapi hakikatnya tidak serupa. 

Jangan lupa, PAS yang asyik memperguna Islam sebagai wadah perjuangan juga pernah bekerjasama dengan DAP, Tun Mahathir yang sama-sama membenci dan dibenci DAP juga pernah bersama mereka bagi menumbangkan sebuah kerajaan yang diterajui Melayu Islam pada 2018. 

Namun, walaupun realitinya sedemikian, pasti Perikatan Nasional akan tetap menggunakan naratif “No Anwar, No DAP” kerana inilah politik, apa sahaja yang menguntungkan diri masing-masing akan digunakan hatta ia hanyalah hipokrasi semata-mata.

Walau agama dipergunakan, Al-Quran dan hadis digunakan mengikut keuntungan sendiri, guna mana yang menguntungkan dan tinggal mana yang tidak memberi manfaat kepada parti, walaupun tahu hukum bahawa Islam ini tidak boleh diamalkan sebahagian dan diambil sebahagian.

Bagi pengundi-pengundi pula, mereka tidak melihat perkara ini sebagai kebenaran, sebagai realiti sebenar yang mereka hadapi ketika ini. Di mana Islam dipergunakanpun tidak mengapa asalkan “No Anwar, no DAP“. Bagi mereka, selagi bukan Anwar bukan DAP, menipu dalam hal agamapun tiada masalah.

Rasuah yang harampun boleh ditukar menjadi derma untuk menghalalkannya, asalkan bukan Anwar, bukan DAP. Derhaka kepada YDP Agong dan memperlekeh titahnyapun tidak menjadi masalah, asalkan tiada Anwar, tiada DAP. Walau ada hadis wajib mentaati ketua dalam keadaan suka ataupun benci, yang lebih penting ialah wajib wala’ atau taat kepada pemimpin sendiri, yang berkata, “No Anwar, no DAP“. 

Inilah natijahnya apabila mereka merasakan politik adalah segala-galanya, agama jatuh nombor duapun tidak mengapa. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts