NAJIB WAJAR DIBERIKAN PENGAMPUNAN, KATA MENANTU HAJI HADI

85
SHARES
275
VIEWS

Zaharuddin Muhammad yang juga menantu kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata bahawa menurut Islam adalah wajar bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak diberikan Pengampunan DiRaja atau Royal Pardon.

Menurutnya, ini berdasarkan hakim terbabit mempunyai keraguan, iaitu YA Hakim Mohd Nazlan tidak dipersetujui oleh pihak yang terlibat (Najib). Dalam Islam, hakim yang dilantik mestilah hakim yang dipersetujui oleh pihak yang bertelagah, iaitu pihak Najib dan pihak Pendakwaraya sendiri.

Hatta kalau tiada sebarang sebab yang munasabah sekalipun (hakim tersebut tidak dipersetujui), ia menjadi hak orang yang didakwa di dalam Islam. Apatah lagi dalam isu ini Najib sendiri beberapa kali membantah Hakim Nazlan atas isu konflik kepentingan.

Sebab kedua, hakim itu sendiri telah menolak beberapa bukti baharu yang dibawa oleh pihak Najib. Di mana dalam Islam, hakim tidak mempunyai kuasa untuk menolak bukti melainkan ia mesti menerima seluruh bukti yang hendak dibawa. Kemudiannya menilai dan barulah membuat keputusan sama ada bukti tersebut sah ataupun tidak. 

Menurut Zaharuddin lagi, “Tersalah melepaskan orang yang bersalah adalah lebih baik daripada tersalah menghukum orang yang tidak bersalah.” 

Jadi, antara mengekalkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam penjara dan juga membebaskan dengan pengampunan, maka membebaskan dengan pengampunan adalah lebih dekat dengan kaedah Islam.”

Sikap terpuji Zaharuddin yang menyatakan kebenaran walaupun berlainan parti ini wajar dipuji dan dijadikan contoh semua pihak termasuk pihak tertinggi, di mana kebenaran perlulah ditegakkan dan kemungkaran dihancurkan.

Bukannya apabila melibatkan diri dan kepentingan sendiri maka kemungkaran atau kebatilan disorokkan, manakala kebenaran tidak mahu ditegakkan kerana tiada keuntungan ataupun bakal merugikan mereka – walaupun akhirnya tersalah memenjarakan seseorang yang tidak bersalah. 

Rujuk video penuh beliau di pautan berikut;

https://www.facebook.com/100077264421572/posts/241084461810366/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts