TIKTOK CETUS KEBIMBANGAN, MENTERI JERMAN GESA KAJI SEMULA KERJASAMA

335
SHARES
2k
VIEWS

Menteri Pendidikan Jerman menggesa pengguna TikTok supaya berhati-hati berdasarkan hubungan aplikasi video singkat yang sangat popular itu dengan China, lapor dpa yang memetik portal berita.

Bettina Stark-Watzinger, ahli Democrat Bebas (FDP) yang properniagaan berkata beliau memahami rayuan TikTok, namun katanya beliau bukan antara pengguna platform itu.

Tik Tok milik kumpulan ByteDance China, mencetuskan kebimbangan banyak pihak daripada aspek risiko keselamatan negara dan maklumat pengguna yang dikumpulnya.

Beberapa negara telah mengharamkan Tik Tok pada peranti milik kerajaan. Di Amerika Syarikat, terdapat perdebatan tentang sama ada perlunya larangan secara mutlak.

Anda hanya perlu lihat, di negara lain kawalan dibuat ke atas aplikasi sedemikian, tidak dibenarkan secara sah atas alasan yang baik,” kata Stark- Watzinger kepada portal berita Jerman t-online dalam temu bual diterbitkan pada Jumaat.

Beliau juga meminta pihak universiti mempertimbang semula kerjasama mereka dengan China, terutama yang berkaitan dengan bidang yang berkembang pesat seperti kecerdasan buatan.

Kita perlu berhati-hati dengan teknologi yang digunakan daripada sudut pandang ketenteraan atau bertentangan dengan nilai kita seperti dalam bidang kecerdasan buatan,” katanya kepada t- online.

Kita tidak boleh leka terhadap China dan mesti berhati-hati,” kata Stark- Watzinger.

Bernama

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts