RUSIA KEMBALI TERSENARAI 10 EKONOMI TERBESAR DUNIA

70
SHARES
225
VIEWS

MOSCOW, 8 Mei – Rusia kembali tersenarai dalam sepuluh ekonomi terbesar dunia dengan menduduki tempat kelapan buat kali pertama sejak 2014 dengan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$2.3 trilion pada 2022, menurut data daripada Bank Dunia dan perkhidmatan statistik yang dianalisa oleh Sputnik pada hari Ahad.

Pada 2014, Rusia berada dalam kedudukan kesembilan dalam senarai ekonomi utama dunia dengan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bernilai US$2.05 trilion manakala pada 2021 negara itu berada di kedudukan ke-11 kata data berkenaan.

Data menunjukkan bahawa ekonomi AS mendahului senarai pada 2022 dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominalnya dianggarkan pada AS$25.5 trilion, manakala China menduduki tempat kedua (AS$17.9 trilion), diikuti Jepun (AS$4.2 trilion), Jerman (AS). $4.07 trilion), dan India (AS$3.4 trilion).

Ekonomi UK pula kekal di tempat keenam (AS$3.07 trilion) dalam senarai berkenaan manakala Perancis menduduki tempat ketujuh (AS$2.8 trilion), menurut statistik.

Bernama

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts