PUAD: NAJIB CABAR TUBUH RCI. TUN M PENGECUT?

373
SHARES
2.1k
VIEWS

NAJIB CABAR TUBUH RCI. TUN M PENGECUT?

Oleh Mohd Puad Zarkashi
29 Ogos 2018

Ini bukan cabaran kecil anak. Najib cabar Kerajaan Pakatan harapan (PH) supaya tubuh segera Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) terhadap 4 isu besar yang Tun M dan Lim Guan Eng dakwa wujud penyelewengan.

4 isu itu ialah kehilangan RM18 bilion wang GST, mencuri RM16 bilion kutipan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang tidak dipulangkan, pembatalan ECRL dan pembatalan TSGP (pemasangan ‘pipeline gas‘ di Sabah).

Lim Guan Eng menggunakan imuniti Parlimen untuk membuat tuduhan kononnya RM18 bilion wang GST hilang. Dia juga mendakwa RM16 bilion wang hasil cukai LHDN yang terlebih bayar hilang dan tidak dipulangkan kepada pembayar cukai.

Tetapi Guan Eng pengecut kerana langsung tidak membuat laporan polis, SPRM atau mengambil tindakan mahkamah.

Tun M pula membuat berbagai tuduhan kenapa projek ECRL dibatalkan. Konon harganya mahal, kadar faedah pinjaman adalah tinggi, berlaku rasuah kerana Kerajaan BN minta komisyen 30%, tidak ada ‘exit clause‘ dalam perjanjian dan projek ini tidak berfaedah kepada rakyat.

Selama 22 tahun pemerintahan autokratiknya Tun M tidak pernah meminta RCI ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan terhadapnya. Beliau dituduh mengamalkan nepotisme, kekayaan luar biasa anaknya, ‘bailout‘ syarikat kroni dan perjanjian berat sebelah yang melibatkan syarikat kroninya.

Contoh terbaik ialah perjanjian Penjana Tenaga Bebas (IPP). Perjanjian itu berat sebelah. TNB dipaksa membeli tenaga walaupun tidak diguna daripada syarikat kroni Tun M seperti YTL. Tan Seri Ani Arope meletak jawatan kerana “perjanjian gila” itu. Dalam buku memoirnya TS Ani mendakwa ‘blackout’ seluruh negara tahun 1992 adalah disengajakan untuk membenarkan pembinaan IPP.

Sebaliknya Datuk Seri Najib secara berani dan ‘gentleman‘ mencabar Tun M supaya tubuh RCI untuk menyiasat 4 dakwaan terhadapnya. Kenapa takut? Apa jadi pada cadangan Lim Guan Eng supaya PAC buat siasatan kedua terhadap isu 1MDB. Bukankah elok PAC itu digantikan dengan RCI sahaja. Genapkan kepada 5 RCI.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts