SIRAJUDDIN: KENYATAAN MEDIA PERKASA MENGENAI PEMBINAAN SJKC BERTENTANGAN DASAR PENDIDIKAN

380
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PERIBUMI PERKASA ( PERKASA ) MALAYSIA

28 Ogos 2018

PEMBINAAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) FORMULA 10 + 6 + 10 : BERTENTANGAN DASAR PENDIDIKAN

Akhbar The Sun bertarikh 27 Ogos 2018 melaporkan bahawa perancangan untuk membina SJKC menggunakan formula 10 + 6 + 10.

10 buah SJKC yang diluluskan pembinaannya oleh kerajaan BN, 6 buah sekolah yang akan dibina ditapak baharu menggantikan tapak lama dan 10 buah lagi sebagai tambahan, akan diteruskan oleh Kementerian Pendidikan.

Kenyataan ini dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Yeo Nie Ching yang mengatakan jumlah keseluruhan perancangan pembinaan SJKC ialah 26 (10 + 6 +10) buah bukan 16 (10 + 6) buah.

2. PERKASA menuntut penjelasan Timbalan Menteri bilakah tambahan 10 buah SJKC dipohon, dibincang dan diluluskan oleh kerajaan. Kerajaan BN atau kerajaan PH? Atau sebagai kenyataan provokasi?

PERKASA sangat memandang berat kenyataan ini kerana kenyataan Timbalan Menteri menggambarkan beliau hanya memperjuangkan pendidikan Cina di negara ini. Tidakkah beliau sedar ada perkara yang lebih besar yang perlu ditangani oleh KPM daripada sibuk dengan penambahan bilangan SJKC.

3. PERKASA melihat bahawa beliau tidak tahu tentang Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas tidak memperuntukan pendidikan Cina dilaksanakan di tanah air ini. Begitu juga tidak pekanya beliau tentang Akta 555 yang jelas memperuntukkan penggunaan Bahasa Melayu, kurikulum serta sistem peperiksaan kebangsaan.

Beliau sepatutnya menumpukan perhatian lebih serius kepada kelemahan dan kekurangan yang sedang ditanggung oleh sekolah kebangsaan di seluruh negara. Kemudahan infrastruktur, aksesibiliti sekolah, sumber manusia dan peruntukan kewangan yang sangat perlu diberi perhatian segera.

4. Semasa kita sibuk merayakan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 61 yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sepatutnya Timbalan Menteri lebih sensitif dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan pendidikan arus perdana.

PERKASA dengan ini mendesak kerajaan agar tidak lagi menambah SJKC dan SJKT kerana penambahan sekolah jenis ini hanya akan menaikkan sentimen perkauman di kalangan rakyat.

Ini akan menggagalkan usaha membentuk perpaduan nasional yang juga mengancam ketenteraman neara.

5. PERKASA dengan ini membantah sekeras-kerasnya sebarang tuntutan untuk menambah bilangan SJKC dan SJKT.

Perkara ini jelas bertentangan dengan Asar Pendidikan Nasional.

PERKASA dengan ini menyarankan kepada kerajaan agar dengan serius merancang dan melaksanakan sekolah satu aliran bagi semua rakyat Malaysia sesuai dengan hasrat kerajaan berfokus kepada keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

6. PERKASA ingin mengingatkan kepada Timbalan Menteri bahawa jawatan yang disandang merupakan satu amanah yang wajib dipikul bukan untuk kaum Cina tetapi untuk rakyat Malaysia. Jangan mengkhianati amanah yang telah dipertanggungjawabkan demi masa depan negara yang kita cintai.

Sekian terima kasih.

Dato’ Sirajuddin Haji Salleh
Pemangku Presiden

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts