SAIFUL BAHAR: PROPAGANDA DR. MAHATHIR

386
SHARES
2.3k
VIEWS

PROPAGANDA DR. MAHATHIR

Oleh Saiful Bahar Arshad

28 Ogos 2018

1. Propaganda Dr. Mahathir berada di tahap paling tinggi

2. Dr. Mahathir kata hutang Negara RM1 trillion. Tabung Harapan dilancarkan untuk membantu Kerajaan Pakatan yang sudah tiba-tiba tiada wang

3. Dalam masa 110 hari, Dr. Mahathir berkata, BR1M akan dihapuskan kerana memberi wang bantuan terus kepada rakyat merupakan satu bentuk rasuah. Rakyat tidak perlu dimanjakan

4. International Financial House MOODY memberi Malaysia: Rating Minus A ketika pemerintahan Najib Razak. Tiba-tiba di zaman Dr. Mahathir, negara hampir-hampir mahu bangkrap

5. Mana mungkin, dengan sekelip mata, negara berada di dalam kegawatan ekonomi

6. Projek yang dituduh projek mega seperti ECRL dan HSR dibatalkan kerana Dr. Mahathir kata ia tidak perlu dan kerajaan tiada wang serta tidak mahu dibebankan dengan hutang yang banyak

7. PELIK BIN AJAIB, bila Dr. Mahathir kata, kerajaan memikirkan untuk melancarkan KERETA NASIONAL KETIGA. Di mana pula datangnya, kekuatan ekonomi untuk projek ini?

HAKIKATNYA

1. Ekonomi Negara berada di tahap membimbangkan kerana perlantikan Menteri Kewangan yang TIADA PENGALAMAN DAN LEMAH

2. Setiap kali Menteri Kewangan buka mulut, pasaran saham TERUS MENJUNAM. Pelabur dari negara luar TERUS MELARIKAN DIRI.

3. CUKAI GST TERBUKTI adalah merupakan cukai yang lebih baik, cekap, adil dan memberikan stabiliti kepada ekonomi negara

4. TERBUKTI GST dapat membantu negara ke landasan yang betul untuk membantu rakyat

5. Kutipan sebanyak RM40 billion setahun, dipergunakan semula utk kesejahteraan rakyat termasuklah Bantuan BR1M

6. CUKAI GST tiada ketirisan dan tidak memberi ruang kepada peniaga untuk LARI DARI MEMBAYAR CUKAI. Peniaga yang lari dari membayar cukai ini sebenarnya : PENYAMUN NEGARA

7. KEGAWATAN EKONOMI NEGARA INI, antara lain disebabkan ‘Tax Free GST ‘ selama 3 bulan. Kerajaan sepatutnya boleh mengutip RM10 billion ringgit dalam tempoh 3 bulan tersebut

8. NAK BUAT MACAM MANA LABU, Kerajaan Pakatan sudah berjanji untuk menghapuskan Cukai GST sekiranya menang pada PRU

9. RASA-RASA TIDAK BOLEH MENANG – Tiba-tiba dengan tidak disangka-sangka Pakatan Harapan menang

10. AKHIRNYA, setiap hari rakyat mula merasa gelisah, risau, pening dan tidak tenteram hidup mereka.
Kerana ….
RAKYAT TERTANYA-TANYA: APA PULA NAK JADI SELEPAS INI LABU
(Seperti dalam Filem P. Ramlee)

Ikhlas,
SAIFUL BAHAR ARSHAD
28 Ogos 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts