Speaker DUN Johor Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dalam siaran terkini di laman Facebook beliau mengatakan bahawa tiada beza antara Kongres Maruah Melayu yang dibuat oleh Tun Mahathir pada tahun 2019 dan Proklamasi Orang Melayu 2023 yang dibuatnya bersama pembangkang.
“Tidak ada beza Kongres Maruah Melayu 2019 dan Proklamasi Orang Melayu 2023. Kedua duanya ditaja oleh Tun M. Kongres Maruah Melayu diadakan ketika Mahathir PM ke-7.”
Beliau mempertikai, semasa menjadi Perdana Menteri kali kedua bersama Pakatan Harapan, apa yang beliau buat? Malahan banyak aset negara terutamanya milik Melayu Islam di negara ini terjual termasuklah Tabung Haji.
Kini beretorik basi lagi dengan menaja Proklamasi Orang Melayu dan menurut Puad sama sahaja kerana ketika berkuasapun tidak buat apa apatah lagi ketika tidak berkuasa. Tentu tiada apa yang Mahathir boleh lakukan untuk orang Melayu.
“Masa itu dia berkuasa. Apa dia buat? Banyak aset orang Melayu terjual termasuk aset Tabung Haji. Tahun 2023 dia tidak ada kuasa. Tetapi taja Proklamasi Orang Melayu pula.”
“Masa berkuasa tidak buat apa. Masa tidak berkuasa nak buat apa? Masalahnya ada yang tidak serik-serik. PAS sign proklamasi itu. Beberapa pemimpin Bersatu juga sign.”
Puad menyindir ada beberapa pihak masih tidak serik termasuk Bersatu, malah menyokong pula Proklamasi tersebut sedangkan dua pemimpin tertinggi Bersatu iaitu Mahiaddin dan Hamzah tidak pula tandatangan.
Akhir siarannya beliau menyindir semuanya terutama Perikatan Nasional kerana menurutnya PAS dan UMNO berpisah kerana Mahiaddin dan kali ini PAS dan Bersatu pula akan berpisah kerana Tun Mahathir. Konvensyen Kerajaan Perpaduan minggu depan lebih realistik, tambah Puad.