NGO C4 PERTIKAI LANTIKAN SEMULA AZAM BAKI, GESA ANWAR BERI PENJELASAN

72
SHARES
232
VIEWS

NGO berkaitan anti rasuah meminta penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keputusannya melantik semula Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Menurut Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4), keputusan melanjutkan khidmat Azam Baki dilihat akan menyukarkan agenda untuk memerangi rasuah dalam negara. 

Pengasasnya, Cynthia Gabriel yang juga seorang peguam berkata, lanjutan tersebut bukanlah satu langkah yang baik malah ia menjadi halangan dalam perjuangan Anwar menentang rasuah. Beliau juga lebih bersetuju sekiranya lantikan tersebut dibuat melalui Jawatankuasa Pilihan Parlimen. 

Sebagai rekod, Gabriel turut menganggotai Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPG) mengenai Pencegahan Rasuah dan Cukai Bertanggungjawab. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts