FAMILYMART HENTI JUAL MINUMAN BERALKOHOL DI SELURUH RANGKAIANNYA

335
SHARES
2k
VIEWS

Rangkaian kedai serbaneka FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan minuman beralkohol di semua 360 kedainya bagi memberi keyakinan kepada pelanggan Islam untuk membeli-belah di cawangannya tanpa sebarang keraguan.

Pengarah Urusan QL Maxincome Sdn Bhd, Chia Lik Khai, berkata keputusan itu telah dilaksanakan sejak Mac lalu bagi memastikan pelanggannya membeli-belah dan menjamu selera tanpa rasa bimbang terkait isu halal di semua cawangan mereka.

Chia turut berkata jualan minuman beralkohol hanya memberi sumbangan kecil kepada perniagaan mereka dan menjangkakan kesan yang sangat minimum dengan penarikan jualannya.

Chia ditemui ketika majlis pengumuman kedai konsep baharu iaitu FamiCafé di Menara U, yang menerima pensijilan halal pertama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ini menjadikannya sebagai kafe kedai serbaneka pertama di Malaysia menerima pengiktirafan sedemikian.

Beliau turut berkata konsep yang disahkan halal itu menyajikan minuman dan makanan sedia untuk dimakan yang disediakan sendiri termasuk oden, makanan ringan panas seperti chiki katsu rangup, corndog, serta aiskrim.

Chia berkata setakat ini terdapat 16 FamiCafés di Malaysia, dengan syarikat menyasarkan untuk membuka sehingga 50 FamiCafés pada tahun ini, dengan sasaran status halal untuk 300 FamiCafés menjelang tahun 2025.

Selaras dengan usaha berterusan untuk memastikan pelanggan membeli-belah dan menjamu selera tanpa ragu-ragu, Chia berkata FamilyMart akan menjalani audit halal secara berperingkat mengikut garis panduan Jakim. Setakat ini dua buah kedainya yang terletak di sekitar Lembah Klang sedang menjalani proses ini. 

Chia berkata QL Kitchen milik FamilyMart Malaysia telah diiktiraf halal oleh Jakim sejak tahun 2019 dan sehingga 30 April 2023, 172 produk makanan jenama FamilyMart telah didaftarkan sebagai halal di portal halal rasmi Jakim.

Kini FamilyMart sedang mengenalpasti lokasi yang sesuai di pantai timur dan menyasarkan 20 cawangan bakal dibuka menjelang akhir tahun ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts