• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Sunday, June 4, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

GABENOR BNM ‘OLD SCHOOL’

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
May 14, 2023
in Ulasan, Utama
0
GABENOR BNM ‘OLD SCHOOL’
18
SHARES
198
VIEWS

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Mana lebih kejam, kenaikan OPR atau inflasi yang tidak terkawal? Itu pertanyaan Gabenor BNM kepada seluruh rakyat Malaysia. Pertanyaan yang agak dangkal dari seorang Gabenor BNM.

Apa tidaknya, masyarakat awam tidak faham apa itu OPR dan kesannya terhadap kehidupan mereka. Bukan mudah untuk masyarakat awam memahami apa itu OPR yang begitu kompleks untuk dihuraikan dan dijelaskan secara ringkas.

Itu yang pertama dan yang keduanya adalah apakah masih valid ideologi untuk menggunakan OPR sebagai instrumen untuk mengawal inflasi dalam krisis ekonomi yang begitu sempurna seperti yang sedang kita hadapi pada hari ini? Mungkin kalau dalam keadaan biasa saya tidak menafikan OPR boleh dijadikan sebagai instrumen untuk mengawal inflasi.

Tetapi keadaan hari ini bukan keadaan yang seperti biasa. Ia adalah suatu keadaan yang cukup luar biasa. Kadar inflasi yang naik menggila adalah disebabkan oleh gangguan bekalan atau supply disruption terutamanya bekalan makanan akibat plandemik Covid 19.

Jadi bolehkah OPR dijadikan instrumen untuk memulihkan rantaian bekalan makanan atau untuk mengawal harga makanan?

Manakala isu yang ketiga pula adalah mengenai kemampuan daya beli pengguna atau purchasing power.

Lemahnya purchasing power pengguna pada hari ini adalah disebabkan oleh krisis ekonomi yang sempurna akibat dari plandemik Covid 19.

Ramai ahli perniagaan dan usahawan yang gulung tikar. Ini telah menyebabkan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan masyarakat. Ini punca sebenar yang telah menyebabkan lemahnya purchasing power. Bukan kerana inflasi yang tinggi.

Kadar inflasi yang tinggi pada masa ini hanya sekadar menambahkan lagi keparahan kepada luka yang sudahpun parah.

Jadi bagi masyarakat awam mungkin hujah Gabenor BNM itu masuk akal tetapi tidak bagi seseorang yang seperti saya. Hujah seperti itu dalam suasana hari ini adalah dangkal, tidak masuk akal dan sudah kuno atau ketinggalan zaman.

Jadi kepada Gabenor BNM, kalau mahu naikkan OPR itu, naikkan sahajalah. Kerajaanpun tidak mampu menghalang keputusan BNM. Menteri Ekonomi yang banyak formulapun tidak akan mampu menghalang keputusan BNM.

Mahu cerita apa lagi tentang OPR kalau sistem perbankan itu sendiripun sudah merupakan idea yang lapuk dan ketinggalan zaman.

Krisis ekonomi yang sedang berlaku pada hari ini adalah bertujuan untuk mereset sistem monetari dan untuk mengimplementasikan mawatang digital. Ia bagi tujuan untuk mengawal manusia di seluruh dunia dengan lebih ketat lagi.

Dan ini akan dapat mengekalkan status manusia sebagai hamba kepada para elit global seperti seekor lembu yang telah dicucuk hidungnya. Jadi bukankah apa yang bakal berlaku ini adalah lebih kejam lagi?

Jadi jangan bertanya kepada kami mana satu yang lebih kejam, kenaikan OPR atau inflasi yang tidak terkawal? Tidak ada hujah yang mampu menjustifikasikan kenaikan kadar OPR.

Sistem perbankan dan sistem kewangan itu sendiri sudah memang terlalu kejam buat manusia di zaman ini. Jadi apa faedahnya mahu berdebat tentang OPR? Bukankah sistem perbankan itu sendiri yang telah menyebabkan inflasi selama ini?

Jadi sudah tidak ada keperluan lagi untuk kita semua berdebat tentang inflasi. Kalau benar sayangkan rakyat dan negara ini, inilah masanya untuk kita membina sistem monetari dan kewangan yang baru.

The idea of centralized banking system sudah kuno dan ketinggalan zaman.

Ini zaman crypto, blockchain technology and decentralized financial system.

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis politik & ekonomi bebas

Tags: BlockchainBNMDr. Ramalan YunusMatawang KriptoNor Shamsiah
Previous Post

TIDAK PELIK ANWAR BERTEMU NIK ABDUH, NIK OMAR BERBANDING PERTEMUAN PAS-TUN MAHATHIR

Next Post

KONGRES KALAHKAN BJP PIMPINAN MODI DALAM PRN KARNATAKA

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

KEWAJIPAN MENTAATI ULIL AMRI – DR. RAMALAN YUNUS

KEWAJIPAN MENTAATI ULIL AMRI – DR. RAMALAN YUNUS

May 27, 2023
UNDI DAP ATAU ANTI DAP? – DR. RAMALAN YUNUS

UNDI DAP ATAU ANTI DAP? – DR. RAMALAN YUNUS

May 25, 2023
RUMAH TERBUKA PN DI SHAH ALAM – DR. RAMALAN YUNUS

RUMAH TERBUKA PN DI SHAH ALAM – DR. RAMALAN YUNUS

May 22, 2023
ANWAR DAN ZAHID – DR. RAMALAN YUNUS 

ANWAR DAN ZAHID – DR. RAMALAN YUNUS 

May 21, 2023
TSUNAMI MELAYU PADA PRN – DR. RAMALAN YUNUS

TSUNAMI MELAYU PADA PRN – DR. RAMALAN YUNUS

May 19, 2023
PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM – DR. RAMALAN YUNUS

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM – DR. RAMALAN YUNUS

May 18, 2023

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In