Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat sokongan 148 Ahli Parlimen, termasuk 30 dari Barisan Nasional, memberi ucapan penghargaan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg atas peranan mereka dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
“Tetapi saya ingin memberitahu anda bahawa tanpa komitmen Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO dan tanpa sokongan Ahli Parlimen UMNO, sejarah kita akan berakhir. Jadi, kita juga harus mengiktiraf peranan beliau dan UMNO.
“Juga kepada Yang DiPertuan Agong dan semasa situasi genting itu, sokongan daripada Premier Sarawak Abang Jo (Tan Sri Abang Johari Abang Openg) dan Gabungan Parti Sarawak adalah faktor penting,” katanya semasa Amanat Perdana Menteri di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang dibuat do WTCKL, semalam.