• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Sunday, June 4, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

“HADI, PAS DULU MINTA AHLI SOKONG DAP UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN” – AHLI UMNO

PAS juga tidak layak beri kenyataan isu kalimah Allah kerana pernah benar orang bukan Islam guna sebelum ini

Adenan Mohd. Noor by Adenan Mohd. Noor
May 21, 2023
in Laporan, Utama
0
“HADI, PAS DULU MINTA AHLI SOKONG DAP UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN” – AHLI UMNO
20
SHARES
219
VIEWS

Bukan satu isu besar apabila Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Ahmad Maslan meminta ahli-ahli partinya memangkah Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak.

Ini kerana masing-masing kini berada dalam satu kerajaan yang dititah cadangkan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Kenyataan ini dibuat oleh salah seorang ahli UMNO Bahagian yang ditemui oleh Editor Malaysia petang tadi. Beliau memberi contoh bagaimana seluruh kepimpinan PAS pernah meminta ahli-ahlinya wala’ kepada keputusan parti menyertai Pakatan Rakyat, duduk sepentas bersama Anwar Ibrahim dan DAP untuk tumbangkan kerajaan. 

Beliau turut menyentuh isu kalimah Allah apabila ditanya mengenai respons ahli-ahli UMNO terutamanya akar umbi dalam isu kerajaan menarik balik rayuannya dalam kes Jill Ireland, wanita Melanau beragama Kristian. 

“Kalau saudara ingatlah isu kalimah Allah ini dah lama, malah PAS sendiri bagi orang bukan Islam guna, masa tu Haji Hadi sendiri cakap walau Dewan ulamanya bantah. Google je, ada lagi berita tu,” katanya dengan tenang. 

“Jadi bagi sayalah, kalau nak komen isu kalimah Allah ini, PAS langsung tak layak. Bagi saya, isu (PAS benar orang bukan Islam guna kalimah Allah) 2013-2014 dulu tu pun berlanjutan sampai hari ini, ramai berani cabar tu pasal PAS jugalah masa dalam PR (Pakatan Rakyat) bagi muka.“

Mengulas lanjut beliau berkata jika YDP Agong tidak mencemar duli untuk campur tangan dalam kemelut berpanjangan selepas PRU-15, negara akan kekal tidak mempunyai Perdana Menteri sehingga ke hari ini. 

“PAS, Bersatu, dua-dua tolak mentah-mentah cadangan Agong buat kerajaan, apa tu? Anwar PM, Din Pagoh (Tan Sri Mahiaddin Yassin) Timbalan. Anwar okay, PN tak okay.”

“Kalau dengan Agongpun sombong dengan kita rakyat ni lagilah,” sambung beliau yang sudah lebih 30 tahun menjadi ahli UMNO Bahagian. 

Diminta menambah komen berkaitan cadangan Ahmad Maslan agar ahli-ahli UMNO taat parti dan memberi undi kepada Kerajaan Perpaduan, beliau hanya tertawa kecil dan kata bahawa inilah uniknya politik.

Menurutnya, dahulu Hadi dan PAS sendiri minta ahli-ahlinya undi DAP, sama juga Mahiaddin dan Bersatu yang meminta ahli masing-masing memangkah DAP atau sebarang parti dalam Pakatan Harapan.

“Masa dia (PAS dan Bersatu) suruh sokong DAP boleh. Tak jijik pula masa tu? Sekarang UMNO nak pangkah salah pula? Bukan ke kami ni sama-sama dalam Kerajaan Perpaduan? Mat Maslanpun suruh atas dasar sama-sama kerajaan, itu bukan isu besar. Lagipun, suka hati kami la nak undi ke tidak, tiada masalah.”

“Cuma pesanan saya, Hadi dan Din Pagoh (Mahiaddin) usahlah hipokrit. Masa kamu nak tumbangkan kerajaan, boleh minta rakyat sokong DAP, asal kerajaan UMNO, Barisan tumbang.“

“Kalau macam tu kami lagi ‘suci’lah, kami nak sokong Pakatan Harapan, DAP atau Anwar, ini kerana nak kekalkan kerajaan yang Agong sendiri titah suruh buat. Bukan kami suka-suka nak undi. Kami undi bukan untuk tumbangkan kerajaan, kami undi untuk kekalkan (kerajaan),” katanya ketawa mengakhiri perbualan.

Sebagai rekod, Ahmad Maslan telah menjelaskan bahawa kenyataan sebenar beliau ialah agar memangkah Kerajaan Perpaduan, bukannya DAP. Pemimpin DAP juga sudah mengeluarkan kenyataan agar memberi sokongan kepada UMNO pada PRN kelak. 

Tags: Ahmad MaslanKerajaan PerpaduanPRN 6 NegeriUndi DAPYDP Agong
Previous Post

ANWAR DAN ZAHID – DR. RAMALAN YUNUS 

Next Post

YDP AGONG TERUS PERKUKUH HUBUNGAN MALAYSIA-UAE

Adenan Mohd. Noor

Adenan Mohd. Noor

Related Posts

GUNA FORMULA PRU-15, PAS YAKIN MENANG BESAR DI 4 NEGERI

GUNA FORMULA PRU-15, PAS YAKIN MENANG BESAR DI 4 NEGERI

June 2, 2023
PERDANA MENTERI MAHU LEBUHRAYA PAN BORNEO HASIL USAHA KERAJAAN BN DISELESAIKAN SECARA ‘FAST TRACK’

PERDANA MENTERI MAHU LEBUHRAYA PAN BORNEO HASIL USAHA KERAJAAN BN DISELESAIKAN SECARA ‘FAST TRACK’

June 2, 2023
ROMBAKAN KABINET SELEPAS PRN, RAFIZI ANTARA NAMA BAKAL DIGANTI, DITUKARKAN?

ROMBAKAN KABINET SELEPAS PRN, RAFIZI ANTARA NAMA BAKAL DIGANTI, DITUKARKAN?

June 1, 2023
PRN 6 NEGERI: PAS MELEMAH TANPA DANA BERSATU?

PRN 6 NEGERI: PAS MELEMAH TANPA DANA BERSATU?

May 30, 2023
PAS ‘GOLD DIGGER’ BAKAL TINGGALKAN BERSATU, PN?

PAS ‘GOLD DIGGER’ BAKAL TINGGALKAN BERSATU, PN?

May 30, 2023
KERAJAAN BAKAL BERTUKAR OGOS, SELEPAS PRN 6 NEGERI?

KERAJAAN BAKAL BERTUKAR OGOS, SELEPAS PRN 6 NEGERI?

May 29, 2023

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In