• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Wednesday, September 27, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

PRN 6 NEGERI: PERIKATAN NASIONAL MULA ‘TEKAN’ ZAHID

Selain itu desakan menuntut beliau berundur juga akan dilakukan dari dalam sekiranya keputusan tidak memihak kepada Kerajaan Perpaduan

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
May 24, 2023
in Politik, Utama
0
PRN 6 NEGERI: PERIKATAN NASIONAL MULA ‘TEKAN’ ZAHID
23
SHARES
258
VIEWS

Perikatan Nasional yang memperoleh banyak “peluru percuma” akhir-akhir ini termasuk dalam isu kalimah Allah, kini mencabar Presiden UMNO Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid berundur sekiranya gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional kalah di Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri kelak. 

Cabaran itu dibuat Ketua Penerangan PAS Pusat Haji Ir. Khairil Nizam Khirudin, sebagai tindak balas kenyataan Ahmad Zahid yang mencabar Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin untuk menjadikan PRN sebagai penentu sokongan rakyat. 

Beliau berkata, “Anda PH-BN tersungkur, TPM perlu berundur secara terhormat.” Menurutnya, keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sudah membuktikan BN-UMNO merekodkan keputusan terburuk dalam sejarah dan kini dengan pelbagai isu yang membelenggu kerajaan, tentu sukar parti itu mahu mendominasi PRN. 

Ahad lalu, Zahid mencabar Mahiaddin menggunakan PRN bagi menentukan tahap sokongan rakyat. Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Mahiaddin dalam menghadapi PRN tersebut.

Khairil Nizam berkata dengan pelbagai isu yang menyakitkan rakyat, perbalahan pembahagian kerusi antara UMNO dan DAP di beberapa negeri serta kelemahan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat akan menjadi punca kepada penolakan rakyat dalam PRN yang akan datang.

Sebagai rekod, kenyataan Zahid itu dibuat selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Vaisakhi di ibu negara. Beliau dipetik berkata, “Saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan gabungan parti beliau. Marilah kita sama-sama membuktikan pada keputusan PRN di enam negeri nanti, siapakah yang lebih diterima rakyat“.

Dalam keadaan politik bergelora, isu ancaman mahu tumbangkan kerajaan masih berlaku, sebaik-baiknya jangan ada mana-mana pihak dalam kerajaan yang tersalah cakap atau silap membuat keputusan yang boleh menjelaskan peluang untuk menang di PRN kelak.

Percayalah, jika Perikatan Nasional menang besar atau mampu mengurangkan majoriti dengan ketara di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, nescaya desakan menuntut Zahid berundur akan muncul dari dalam UMNO sendiri. 

Tags: Ir. Hj. Khairil Nizam KhirudinMuhyiddinPRN 6 NegeriZahid
Previous Post

IMRAN KHAN DIBENAR IKAT JAMIN, DAKWA NYAWA TERANCAM

Next Post

CUKUP-CUKUPLAH KERAJAAN PINTU BELAKANG, JANGAN DIBIARKAN BERULANG

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

NASIB BANGSA MELAYU DI MASA HADAPAN – DR. RAMALAN YUNUS

NASIB BANGSA MELAYU DI MASA HADAPAN – DR. RAMALAN YUNUS

September 12, 2023
SEGERAKAN PENUBUHAN RCI – DR. RAMALAN YUNUS

SEGERAKAN PENUBUHAN RCI – DR. RAMALAN YUNUS

September 6, 2023
ISU MUHYIDDIN KATA HARAM UNDI CALON PH – DR. RAMALAN YUNUS 

ISU MUHYIDDIN KATA HARAM UNDI CALON PH – DR. RAMALAN YUNUS 

September 4, 2023
BERSATU SUDAH MULAI BERTELAGAH – DR. RAMALAN YUNUS

BERSATU SUDAH MULAI BERTELAGAH – DR. RAMALAN YUNUS

August 27, 2023
PUAD: KAJIAN ILHAM CENTRE TIDAK TEPAT, REALITINYA MALAYSIA KINI BERDEPAN POLITIK TAKSUB MELAMPAU

PUAD: KAJIAN ILHAM CENTRE TIDAK TEPAT, REALITINYA MALAYSIA KINI BERDEPAN POLITIK TAKSUB MELAMPAU

August 26, 2023
KENAPA ZAHID, PEMIMPIN UMNO MASIH BERDIAM DIRI?

KENAPA ZAHID, PEMIMPIN UMNO MASIH BERDIAM DIRI?

August 23, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In