JIKA SURAT HASANAH DIKIRA KHIANAT, PEMIMPIN PH PENGKHIANAT NEGARA SEBENAR

428
SHARES
2.3k
VIEWS

Pada Mei lepas iaitu 5 hari sebelum PRU-14, Datuk Hasanah Ab. Hamid, bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri didakwa menulis surat kepada Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Gina Haspel yang telah disalah tafsir sebagai meminta sokongan Washington kepada pentadbiran Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Berikutan sepucuk surat tiga halaman tersebut, kerajaan Barisan Nasional didakwa menggunakan pengaruh unit risikan negara untuk memenangi PRU-14, sedangkan kandungan surat tersebut telah disalah tafsirkan.

Hasanah juga telah membuat laporan polis mengenai kebocoran surat tersebut yang tidak sepatutnya berlaku. Namun demikian perkara ini telah dipolitikkan oleh pemimpin Pakatan Harapan sedangkan terbukti dalam sebuah video yang ditularkan sebelum ini mengenai penglibatan Insititut Republikan Antarabangsa (IRI) memberi dana kepada Pakatan Harapan sejak 2002.

Pengakuan Pengarah IRI, Daniel Twining dengan jelas menyebut;

  • Telah bekerjasama sejak 2002, lebih kurang 15 tahun bagi menguatkan pembangkang di Malaysia
  • Dana diperolehi melalui National Endowment for Democracy (NED)
  • Bertemu dengan pemimpin Pakatan Harapan sebaik sahaja mereka memenangi PRU-14 di Pejabat Perdana Menteri untuk membincangkan hala tuju kerajaan baharu
  • Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pengaruh asing (foreign influence)
  • Kerajaan Pakatan Harapan telah melaksanakan beberapa perkara antaranya menyekat pelaburan  infrastruktur negara China

Jika Hasanah menulis surat sahaja sudah boleh dikira mengkhianati negara, bagaimana pula dengan bukti nyata pengaruh luar telah menyusupi ke dalam negara melalui pemimpin Pakatan Harapan sejak sekian lama kerana IRI diketahui umum sebagai salah satu organisasi CIA?

Bukankah mereka juga boleh ditangkap dan dibicarakan kerana bukti pengakuan Presiden IRI sendiri telah tersedia di depan mata?

Sekurang-kurangnya dipanggil untuk siasatan kerana isu pengkhianatan terhadap negara ini melangkaui politik dan adalah satu malapetaka buat negara ini apatah lagi apabila dilakukan oleh pemimpinnya sendiri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts