PUAD: PERDANA MENTERI ADA SINDROM ISA (IKUT SUKA AKU)

351
SHARES
2.1k
VIEWS

PERDANA MENTERI ADA SINDROM ISA (IKUT SUKA AKU)

Oleh Mohd Puad Zarkashi
29 Ogos 2018

Beberapa hari selepas batalkan ECRL, TSPG (gas pipeline) termasuk akan tamatkan BR1M, kini orang asing tidak dibenarkan membeli hartanah di Forest City Gelang Patah. Tindakan ini umpama dendam bersiri ke atas individu demi individu. Marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Tetapi itulah watak Perdana Menteri sekarang. Tidak berubah macam dulu. Suka mencari musuh dan berdendam. Ini yang berlaku kepada Pak Lah dan Najib.

Kenapa tumpu kepada Forest City sahaja. Adakah untuk membela Tanjung Pelepas milik kroni. Persoalannya betulkah orang asing tidak boleh memiliki hartanah di Malaysia. Apakah ini polisi Malaysia Baru iaitu polisi “ikut suka aku” (ISA)?

Pokoknya negara China seperti musuh kepada Tun M. Sudah pasti Tun M tahu kesan buruk bila berkelahi dengan China. Tapi Tun M tidak peduli itu semua. Tindakan ‘selective’, tidak konsisten dan mereka cipta alasan untuk ‘justified’ tindakan adalah membengongkan.

Sebelum itu Tun mendakwa 700,000 orang akan mendapat kewarganegaraan kerana Forest City. Kini cukup dengan kenyataan tidak akan memberi visa akan melingkupkan Forest City yang menyediakan 220,000 peluang pekerjaan menjelang 2035.

Forest city adalah projek ‘reclamation‘ (1,386 hektar). Ia membesarkan saiz Johor. Semua tanah ‘prime‘ di Johor Baharu sudah habis diratah oleh TS Muhyiddin semasa dia jadi MB.

Melalui langkah kreatif iaitu penambakan, Malaysia melalui Johor masih mampu bersaing dengan Singapura. Ia mendatangkan hasil kepada Johor seperti sewa tanah dan pintu. Lagi pun KPRJ anak syarikat Kerajaan Negeri antara pemilik saham Forest City. Jelas langkah ISA Tun M umpama mensabotaj negerinya sendiri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts