PAS ‘GOLD DIGGER’ BAKAL TINGGALKAN BERSATU, PN?

97
SHARES
312
VIEWS

Rakyat ini melihat dan bukannya bodoh. Rakyat tahu Perikatan Nasional ada masalah apabila melihat Rumah Terbuka Perikatan Nasional di Shah Alam tidak dihadiri pemimpin-pemimpin utama PAS, malah boleh dikatakan sukar mencari mereka yang ‘berketayap’ hadir ke majlis tersebut. 

Rakyatpun tahu dan bukannya bodoh apabila melihat PAS sanggup meninggalkan UMNO dan pergi ke pangkuan Bersatu kononnya atas maksud demi ‘abata’ atau demi perjuangan Islam dan demi ummah. Rakyat tahu mengira dan bukannya bodoh kerana jumlah 4 juta ahli UMNO jauh lebih besar dari ahli Bersatu – yang tidak sampaipun 200 ribu orang. 

Rakyat bukannya bodoh tidak tahu mereka memilih Perikatan Nasional kerana apa. Jika kerana perjuangan Islam dan Melayu, UMNO ada ini semua. Jika kerana dana besar dan jawatan atau penyogokan politik “scheme of things“, ini yang UMNO tiada ketika itu tetapi Bersatu ada.

Rakyatpun boleh fikir apa yang PAS mahukan namun tidak mampu ditawarkan UMNO-Muafakat Nasional tetapi ada pada Bersatu-Perikatan Nasional, sehingga PAS tiba-tiba menukar kesetiaannya. 

Rakyat bukannya bodoh tidak tahu malah tidak pelikpun jika PAS bakal meninggalkan Bersatu, paling lambat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri kelak.

Paling awal pula dijangkakan mereka akan memberi ‘signal‘ bertanding atas logo sendiri, itupun jika Bersatu masih gagal memujuk PAS agar jangan meninggalkan mereka – dengan syarat mesti menawarkan ‘gula-gula’ baharu. 

Oleh kerana itulah Bersatu terpaksa melipatgandakan usaha ke seluruh negara berjumpa pelbagai pihak untuk merundingkan gerakan menumbangkan kerajaan dan menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada mereka kerana khuatir PAS bakal meninggalkan mereka. 

Jika Bersatu berhasil mengekang PAS sehingga selepas PRN sekalipun, tanpa dana besar beratus juta, Bersatupun tidak akan mampu ke mana-mana – kerana PAS akan meninggalkan mereka juga akhirnya. Bagi PAS, perjuangan “demi Islam”, “demi bangsa” ini cuma di atas kertas dan akan dilaung sekali-sekala. 

Kononnya berjanji bersumpah setiap demi Islam, demi agama ini hanya pura-pura kerana apabila harta sudah tiada, hati mula meronta mahukan ‘jantan’ lain yang boleh menampung nafsu besarnya.

Inilah bahana apabila ‘berkahwin’ dengan ‘gold digger‘ yang hanya tamakkan harta dan ‘takhta’. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts