• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Tuesday, September 26, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

PUAD BIDAS “KLUSTER GANTUNG DAN PECAT” MAHU ZAHID LEMAH, RANAPKAN UMNO

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
June 7, 2023
in Politik, Utama
0
PUAD BIDAS “KLUSTER GANTUNG DAN PECAT” MAHU ZAHID LEMAH, RANAPKAN UMNO
15
SHARES
163
VIEWS

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi membidas pemimpin-pemimpin UMNO yang telah digantung dan dipecat sebelum ini yang hanya mahu ‘ranap’kan UMNO.

Dalam masa yang sama mereka ini hanya mahu selamatkan karier politik masing-masing namun takut membuat parti baharu. Mereka berharap dapat lemahkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan dengan cara itu mereka yang kecewa ini dapat masuk kembali ke dalam parti. 

“UMNO ada kluster gantung dan pecat. Mereka makin lantang menghentam UMNO. KJ kata UMNO bungkus di PRN nanti. 50% ahli UMNO akan lari.” 

“Kluster ini tidak berani tubuh parti baru. Mereka tumpang rumah orang lain. Annuar Musa pilih PAS. Mereka ini mahu ranapkan UMNO. Bolehlah politik mereka terus hidup.” 

“Ada yang tidak mahu menumpang. Mereka hanya mahu UMNO kalah teruk 6 PRN. Sedangkan negeri ini bukan milik (diperintah) UMNO. Mereka hanya mahu Zahid lemah. Senang mereka masuk balik dan menguasai UMNO.”

Justeru, semoga ahli-ahli UMNO sedar bahawa ketika UMNO diasak teruk apabila tumbang di PRU-14, pemimpin-pemimpinnya satu-persatu dimalukan dan dikenakan pelbagai dakwaan yang dibuat-buat, siapakah Presiden yang menjaga parti ketika itu? 

Jangan lupa, ketika UMNO cuba diharamkan dan harta serta aset-asetnya cuba dirampas, siapakah yang berdiri teguh sanggup dikenakan berpuluh dakwaan di mahkamah hanya kerana tidak mahu mengikut cakap Tun Mahathir yang mahu membubarkan UMNO?

Juga jangan lupa, tiada mana-mana Presiden UMNO yang mengalami kesukaran dan kesusahan seperti Ahmad Zahid dan pemimpin-pemimpin lain yang gigih membantunya ketika itu termasuk mantan Presiden Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, demi semata-mata memulihkan UMNO dan membawa parti keluar dari kemelut berpanjangan.

Kepada pemimpin yang khianat dan mencurahkan kesetiaan kepada parti dan presiden lain, termasuk yang masih ada di dalam UMNO, semoga anda semua beroleh pembalasan di dunia dan akhirat – kerana bersikap jahat seperti Si Kitul yang “membuka tembok” membantu musuh memusnahkan parti. 

Tags: KhianatKluster MidinPuad ZarkashiZahid
Previous Post

PSP ANJUR PROGRAM FOCUS GROUP DIALOGUE BERSAMA INDUSTRI

Next Post

RAFIZI LEBIH BAIK DIAM, JANGAN MAKIN KELIRUKAN RAKYAT

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

NASIB BANGSA MELAYU DI MASA HADAPAN – DR. RAMALAN YUNUS

NASIB BANGSA MELAYU DI MASA HADAPAN – DR. RAMALAN YUNUS

September 12, 2023
SEGERAKAN PENUBUHAN RCI – DR. RAMALAN YUNUS

SEGERAKAN PENUBUHAN RCI – DR. RAMALAN YUNUS

September 6, 2023
PUAD: KAJIAN ILHAM CENTRE TIDAK TEPAT, REALITINYA MALAYSIA KINI BERDEPAN POLITIK TAKSUB MELAMPAU

PUAD: KAJIAN ILHAM CENTRE TIDAK TEPAT, REALITINYA MALAYSIA KINI BERDEPAN POLITIK TAKSUB MELAMPAU

August 26, 2023
KENAPA ZAHID, PEMIMPIN UMNO MASIH BERDIAM DIRI?

KENAPA ZAHID, PEMIMPIN UMNO MASIH BERDIAM DIRI?

August 23, 2023
ZAHID, PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO PERLU TERLIHAT MEMBELA NAJIB

ZAHID, PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO PERLU TERLIHAT MEMBELA NAJIB

August 23, 2023
KETUA WANITA UMNO SUDAH BANGKIT – DR. RAMALAN YUNUS 

KETUA WANITA UMNO SUDAH BANGKIT – DR. RAMALAN YUNUS 

August 22, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In