Rafizi ini elok diam. Jangan banyak bercakap. Apa benda pula pendapatan negara naik bila Ringgit jatuh? Ini semua perangai lama suka cerita tidak habis yang akhirnya mengelirukan rakyat.
Betul apabila Ringgit jatuh maka keuntungan minyak kita lebih tinggi. Tetapi imported inflation kita mahu letak di mana? Kita import RM60 bilion makanan dari luar setahun.
Bila Ringgit jatuh 10 peratus, maka kos import itu bertambah lagi RM6 bilion. RM6 bilion ini siapa mahu bayar kalau bukan kerajaan yang terpaksa subsidikan supaya harga makanan tidak naik?
Untung lebihan melalui minyak itu akhirnya terpaksa digunakan untuk subsidi makanan. Jadi bertambah di mana sebenarnya pendapatan negara?
Begitu juga kalau mahu kata eksport kita akan untung apabila Ringgit jatuh. 40 peratus eksport kita ialah peralatan elektrik dan elektronik. Betullah bila Ringgit jatuh, maka kilang-kilang yang eksport ini akan dapat jual dengan harga yang lebih tinggi.
Tetapi capital dan intermediate goods ini mahu ambil dari mana? Capital ini macam jentera, mesin dan sebagainya. Intermediate goods (barang mentah atau perantara) ini pula macam barang elektronik kecil-kecil yang kilang-kilang ini perlu pasang untuk menghasilkan final goods (barang akhir) sebelum dieksport.
Mahu ambil dari mana maka ia perlu diimport. Bukannya jentera, mesin, alat ganti ini semua dapat korek dari tanah. Ia perlu diimport.
Apabila Ringgit jatuh, barang ini semua naik harga. Tambahan pendapatan dari eksport itu akhirnya dikontra sahaja dengan kenaikan kos barang mentah tadi. Tidak ada tambah untung apapun.
Apabila capital dan intermediate goods ini mahal, maka kilang-kilang akan kurangkan import. Yang akhirnya menyebabkan eksport pada tahun seterusnya berkurangan. Contohnya apabila Ringgit melemah pada 2018, import capital dan intermediate goods jatuh 3.4 peratus pada tahun tersebut.
Apa kesannya? Kesannya pada tahun 2019 eksport kita jatuh 1.9 peratus. Apa kesan apabila eksport jatuh? Kesannya pada KDNK. KDNK rendah kerana eksport ialah antara segmen kiraan utama untuk KDNK.
Adakah Rafizi faham kenapa KDNK negara jatuh zaman Pakatan Harapan dahulu? Inilah sebab utama.
Ringgit jatuh ini sebenarnya untung pada dua segmen. Pertama pelancongan kerana kos melancong rendah. Jadi lebih ramai pelancong akan datang ke Malaysia. Yang kedua, komoditi. Apabila ringgit jatuh, pengimport akan lebih suka ambil sawit kita berbanding negara jiran.
Sebab itu antara benda tahyul dahulu ialah kempen “pilih kami maka Ringgit akan naik”. Ini tahyul. Sebab apa? Sebab apabila Ringgit terlalu kuat, maka ia akan bagi kesan negatif kepada komoditi dan sektor pelancongan.
Apabila Ringgit terlalu lemah, maka kesan negatif pula kepada import makanan dan survival rakyat. Ringgit kena ‘sedang-sedang’. Kuat sangatpun tidak, lemah sangatpun tidak.
Selamat datang ke alam realiti Rafizi Ramli.
Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu