SEMOGA NAJIB TIDAK DILUPAKAN – PUAD ZARKASHI

76
SHARES
244
VIEWS

Persidangan Agung UMNO (PAU) 2023 yang bermula semalam sehingga 10 Jun ini dilihat akan membahaskan strategi Barisan Nasional untuk menang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ini kerana Perikatan Nasional dan pemimpin-pemimpin UMNO yang dipecat dan digantung tentu akan memainkan isu ini sebagai kegagalan Presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. 

Namun dalam masa yang sama, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi memohon agar semua perwakilan yang hadir turut tidak melupakan bekas Presiden Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak yang kini dipenjarakan selama 12 tahun. 

Semoga PAU UMNO 2023 tidak melupakan Bossku. PAU akan membahaskan bagaimana BN menang PRN di enam negeri. Alangkah bagusnya jika Bossku ada bersama. Kita merindui kelibat Najib yang kali ini tidak akan muncul di Dewan Merdeka.” 

Puad juga menyentuh mengenai isu Najib tidak diberi perbicaraan adil, di mana ada kes tidak munasabah dan mengarut tetap diteruskan seperti dalam isu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Beliau mempertikai undang-undang mana yang diguna pakai kerana Najib diminta bayar dahulu dan barulah perbincangan diadakan kemudian. 

Contoh kes muflis LHDN. Ini paling mengarut. RM2.6 bilion sudah dipulangkan. Kenapa dikira pendapatan dan dikenakan cukai sebanyak RM1.7 bilion?” 

LHDN enggan dedahkan bagaimana kiraan taksiran cukai Najib dibuat. Najib mesti bayar dulu bincang kemudian. Undang-undang mana diguna pakai? Patut buang kes. Najib mesti dibela.”

Apapun, seperti kata Puad, semoga bekas Perdana Menteri keenam itu tidak dilupakan oleh para perwakilan dan ahli-ahli UMNO yang hadir, selain terus mendesak kerajaan agar Najib diberikan perbicaraan yang adil dan tidak berat sebelah. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts