BUNG MOKTAR MAHU DEDAH DI PARLIMEN APA YANG KJ ‘HISAP’

155
SHARES
500
VIEWS

Menyifatkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebagai “musuh kepada kesihatan”, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin bertanya secara terbuka kepada Khairy, apa yang beliau ‘hisap’?

Khairy yang bercita-cita tinggi mahu jadi Perdana Menteri itu sebelum ini mahu membentangkan undang-undang yang mengehadkan rakyat merokok, namun dalam masa yang sama terdapat banyak dakwaan bahawa beliau sendiri mengamalkan cara hidup yang tidak sihat termasuk mengambil bahan terlarang.

Pengarah Komunikasi UMNO Datuk Lokman Noor Adam antara yang lantang mengecam Khairy dalam isu ini dan sehingga kini bekas Ketua Pemuda UMNO itu dilihat tidak berani mengambil tindakan undang-undang ke atas Lokman atau mana-mana pihak terkait isu ini sekiranya beliau difitnah.

Bung Moktar turut mempertikai kredibiliti Khairy yang disifatkannya sebagai ‘hantu raya’, iaitu satu gelaran yang selalu digunakan oleh masyarakat Melayu. Sama bagi ‘pelesit’ atau ‘polong’, ia digunakan bagi menyindir seseorang yang suka membuat ‘kacau’ tanpa sebab.

Beliau membentangkan undang-undang yang merampas hak rakyat (untuk merokok). Siapa KJ? Dia sudah tiada platform, cuma juruhebah radio, dia hanya ‘hantu raya’.”

Dia mahu orang ramai berhenti merokok, tetapi tanya dia… Apa yang dia merokok (hisap)? Siapa dia untuk menilai orang? Adakah dia mesra kesihatan awam?

Bung turut berkata beliau akan mendedahkan apa yang dihisap Khairy itu ketika rang undang-undang tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat pada 12 Jun depan.

Saya akan katakan di dalam Dewan Rakyat, saya ada imuniti di dalam,” tambah Bung Moktar. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts