ANNUAR MUSA BOHONG 2 JUTA AHLI TINGGALKAN UMNO?

343
SHARES
2k
VIEWS

Adakah bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri berbohong apabila mendakwa dua juta ahli UMNO sudah meninggalkan parti? Sebagai seorang Islam tentu beliau tahu dosa dan padah berbohong apatah lagi berceramah atas pentas PAS yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Beliau berkata, “Realitinya hari ini, UMNO bukan lagi parti pilihan rakyat. Dua juta ahli parti itu sudah meninggalkan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.” Rujuk kenyataan beliau di pautan; https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/06/1113017/lebih-2-juta-ahli-sudah-tinggalkan-umno-annuar-musa

Tentu memualkan jika baru sahaja menyertai PAS tetapi ceramah pertamanya untuk membantu PAS berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak dimulakan dengan pembohongan. Kebiasaannya sebelum ceramah tentu beliau mulakan dengan ‘bismillah’ bermaksud “dengan nama Allah” tetapi kemudiannya berbohong maka ini hakikatnya menghina agama. 

Berpolitik tidak salah tetapi apabila berlebih-lebihan dan sanggup berbohong demi menunjukkan bahawa UMNO kini ditolak ramai amatlah memalukan bagi seorang tokoh politik veteran seperti Annuar. Beliau sepatutnya menyertakan bukti atau dokumen menunjukkan benar seramai dua juta ahli UMNO telah meninggalkan parti. 

Annuar juga perlu menjelaskan sama ada dua juta ahli UMNO yang didakwanya telah keluar parti itu ada menghantar borang untuk keluar parti atau mengisi borang menyertai parti lain? Tidak kira bagaimanapun caranya Annuar tahu jumlah dua juta itu, beliau perlu menunjukkannya sebagai bukti beliau tidak berbohong. 

Jika sekadar bermain propaganda murahan bahawa dua juta telah keluar parti tanpa menyediakan apa-apa bukti, jelas Annuar hanya memalukan PAS kerana berbohong dalam ceramahnya.

Malah jelas PAS juga turut dibohongi Annuar dan mereka wajar menegur ahli politik veteran itu agar jangan lagi berbohong kerana perbualan ini dilaknat Allah dan amat dibenci oleh Rasulullah SAW.

Annuar dan PAS juga jangan lupa bahawa berbohong atau berdusta ini merupakan salah satu dari sifat munafik. 

Justeru berpada-padalah dan jangan sampai berbohong jika hanya mahu mengambil hati pemimpin-pemimpin PAS dan Perikatan Nasional namun dalam masa yang sama mengundang kemurkaan Allah Taala. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts