ANNUAR MUSA, JANGAN BIAR ANAKMU TERUS DALAM UMNO YANG TELAH ‘ROSAK’!

363
SHARES
2.1k
VIEWS

1. Telah sah Annuar Musa menyertai PAS sebagai wadah kesinambungan politik beliau. Menyertai mana-mana politik dalam negara adalah lumrah dan asam garam politik bagi mereka yang tidak mahu bersara biarpun usia semakin ‘senja’.

2. Apa jua alasan menyertai parti lain, prasangka dan prejudis terhadap tindakan tersebut tidak dapat dielakkan. Berilah apa juga alasan, kawan serta lawan tetap akan tetap memandang sinis tindakan tersebut.

3. Mengutuk dan mencerca bekas parti yang mereka anggotai juga adalah perkara biasa. Lagi kuat cercaan mereka terhadap bekas parti, lagi kuatlah tepukan dari parti baru yang mereka anggotai.

4. Anwar Ibrahim, Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Shahidan Kassim dan lain-lain apa yang mereka tidak kata kepada UMNO setelah dipecat atau meninggalkan UMNO. Semuanya buruk-buruk belaka.

5. Namun kenyataan terbaru Annuar Musa tentang UMNO amat ‘terlajak’ gebang! Jika 2 juta ahli UMNO telah meninggalkan parti tersebut, mengapa anak beliau tidak termasuk dalam senarai 2 juta itu?

6. Mengapa anak beliau gigih mempertahankan kedudukan dalam Pemuda UMNO Kelantan dan pusat? Mengapa sebagai bapa mithali yang cukup sempurna, beliau meninggalkan anaknya di dalam UMNO?

7. Menurut Annuar Musa, UMNO ialah parti yang telah rosak. Maka adalah menjadi kezaliman membiarkan anak beliau di dalam parti yang rosak. Annuar perlu segera bertindak menyelamatkan anaknya.

8. Membiarkan anaknya di dalam UMNO hanyalah tindakan yang merugikan. Lebih-lebih lagi jika UMNO Kelantan mencalonkan anak beliau sebagai calon DUN atas kapasiti anaknya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian.

9. Jika anak Annuar Musa bertanding dan menang, bukankah Annuar Musa akan terpalit dosanya bersama anak beliau? Ini kerana Annuar Musa mengatakan beliau rela tidak menjadi calon asalkan UMNO tidak menang.

10. Makanya, Annuar Musa perlu menarik anak beliau keluar dari UMNO sekarang. Atas nama kebenaran (ala Annuar) beliau perlu bertindak segera. Jika ada harta-harta beliau yang diperolehi atas nama UMNO, beliau perlu membuangnya segera.

11. Ini bagi memelihara ‘kesucian’ wadah baru yang beliau anggotai sekarang. Jika Annuar takut tiada sumber kewangan setelah ‘menyucikan’ dirinya di dalam PAS, bolehlah beliau berjumpa Muhyiddin untuk bantuan segera.

12. Bukankah Annuar Musa tahu berapa banyak duit tunai yang ada di dalam bilik Muhyiddin untuk disedekahkan? Tentunya Muhyiddin tidak kedekut kerana Annuar Musa kini berada dalam gabungan parti yang bersamanya.

13. Oleh yang demikian, janganlah Annuar Musa bimbang. Tarik keluarlah keluarga terutama anaknya agar keluar dari UMNO. Jadikanlah jumlah 2 juta orang yang keluar UMNO itu dengan penambahan seorang lagi iaitu anak beliau sendiri!.

Tentunya ia lebih bermakna bagi PAS yang beliau anggotai sekarang dan PN amnya…

Hajah Ana

Muslimat PAS Kelantan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts