Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan ucapan Ketua Pemuda UMNO Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai menarik kerana ada pendirian dan mempunyai ‘style’ tersendiri.
“Ucapan wakil Pemuda UMNO amat menarik. Pemuda kena ada pendirian tersendiri. Tidak perlu ‘jack menjack’. Pendirian berbeza bukan bermakna wujud parti dalam parti.“
“Dahulu Pemuda (UMNO) dicop sebagai “pressure group”. Sebab itu Pemuda perlu identiti baru. Identiti itu mesti menarik minat anak muda. Dr Akmal ada ‘style’ tersendiri untuk melakukannya.”
Puad juga berkata Pemuda UMNO perlu berbicara isu yang mampu ‘menangkap’ imaginasi orang muda serta perlu ‘kaya’ dengan idea. Beliau juga meraikan perbezaan pandangan antara Akmal dan Presiden UMNO, apa yang penting, masing-masing akur keputusan parti serta tidak mengecam atau menurutnya ‘meroyan’ di belakang.
“Ada yang meroyan (apabila) Ketua Pemuda dan Presiden berbeza isu DAP (Akmal) kena minta maaf.”
“Itu biasa. Biarlah Pemuda bebas bersuara. Tetapi akur keputusan parti dan tidak meroyan di belakang. Kita tunggu Kongres Ekonomi Melayu anjuran Pemuda dan Puteri UMNO. UMNO parti Agenda Centric’.”
Apapun, sama ada DAP meminta maaf ataupun sudah ‘move on‘ seperti kata Setiausaha Agungnya, UMNO perlu bijak menangani naratif Perikatan Nasional yang membuat propaganda untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak bahawa, “undi UMNO bererti undi DAP”.
Rujuk pautan; https://editormalaysia.com/29931/