PRN 6 NEGERI: UMNO PERLU BIJAK TANGANI NARATIF “UNDI UMNO BERERTI UNDI DAP”

336
SHARES
2k
VIEWS

Dalam ucapan dasarnya Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertegas bahawa meskipun partinya kini sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, mereka tidak berkompromi dalam isu yang melibatkan Melayu dan Islam.

Menurutnya, UMNO tidak akan pernah berubah dengan identiti ini sejak dahulu dan akan terus berjuang demi membela Melayu dan Islam di negara ini.

Tidak seperti PAS yang dengan mudah berpaling tadah, malah bertindak khianat keluar dari Muafakat Nasional demi jawatan dan dana, namun UMNO tidak akan sekali-kali berganjak dan kekal tidak berubah walaupun banyak pihak skeptikal kerana mereka kini telah bersama DAP dan Pakatan Harapan dalam kerajaan.

Sungguhpun begitu, isu melibatkan undi UMNO kepada DAP atau mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan di Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak hendaklah ditangani UMNO dengan bijak, bukan hanya memberi penerangan secara umum dan mengharapkan media sosial untuk diviralkan. 

Pimpinan UMNO perlu menyantuni penyokong-penyokong tradisonalnya di seluruh pelusuk negara demi menjelaskan isu sebenar kerana ketika ini Perikatan Nasional sibuk menggunakan naratif “undi UMNO bererti undi DAP”.

Malah Perikatan Nasional juga memainkan isu pemenjaraan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak bagi melaga-lagakan penyokong-penyokong UMNO di seluruh negara. Sedangkan di zaman pemerintahan merekalah pendakwaan diteruskan dan di bawah pemimpin boneka Ismail Sabri pula Najib dipenjarakan ‘secepat kilat’ – demi memastikan beliau tidak dapat membantu UMNO di PRU-15. 

Justeru UMNO dan kerajaan sekiranya mahukan undi dari penyokong-penyokong tradisional ini maka tidak boleh tidak mereka perlu ke seluruh negara bertemu rakyat bagi menerangkan dua isu ini iaitu isu undi DAP dan juga isu pembebasan Perdana Menteri keenam.

Jangan berlengah kerana kelak rakyat akan terpedaya dengan naratif “undi UMNO bererti undi DAP”. Ini hanya akan membuatkan UMNO sendiri semakin lemah apabila dipinggirkan oleh Melayu Islam yang ingin dibelanya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts