Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar membuka semula fail yang melibatkan bekas Perdana Menteri dua kali iaitu Tun Dr Mahathir dan ahli keluarganya.
Menurut Puad, Tun Mahathir selalu mengatakan dirinya ‘bersih’ sedangkan amalan kronisme dan rasuah banyak berlaku di zamannya.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu turut memberikan beberapa contoh melibatkan syarikat anak-anak Mahathir yang membuktikan wujudnya amalan kronisme yang disebutkan.
“SPRM kena buka semula fail Tun Mahathir dan anak-anaknya. Beliau mendakwa dirinya suci bersih, sedangkan banyak amalan kronisme dan rasuah berlaku semasa beliau Perdana Menteri.“
“Contohnya, Petronas melalui MISC ‘bailout’ konsortium perkapalan milik Mirzan. Mahathir adalah PM masa itu. Bukankah itu kronisme?”
“Pada tahun 1997 Mokhzani Mahathir adalah pemilik saham terbesar Kumpulan Hospital Pantai. Sekali lagi Tun M adalah PM ketika itu.”
“Group ini menguasai kontrak pembekalan peralatan semua hospital kerajaan termasuk konsensi FOMEMA. Mokhzani juga pemilik Kencana Group yang mendapat kontrak berbilion ringgit dari Petronas.“
Puad juga mendesak kerajaan agar menyiasat kemungkinan berlakunya amalan kronisme di Kencana Petroleum serta Petronas semasa Mahathir menjadi penasihatnya.
“Tun M adalah PM pada tahun 2002. Dia juga penasihat Petronas ketika itu. SPRM kena siasat apakah wujud kronisme hingga Kencana Petrolium dapat layanan anak emas.”
“Tun M bersara tahun 2003. Dia jadi penasihat Petronas 12 tahun. Apakah Petronas bebas kronisme? 22 tahun dan 22 bulan dilindungi oleh jawatan PM. Sampai masanya SPRM buka fail lama.“
Justeru seperti desakan Puad, sewajarnya SPRM dan kerajaan membuka kembali fail-fail yang sudah terlalu lama disimpan agar satu dunia boleh lihat betapa ‘bersih’nya manusia bernama Mahathir Mohamad.