BUDAYA TAKFIR ANCAM KESELAMATAN NEGARA?

80
SHARES
257
VIEWS

Apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution memberi pesanan berkenaan bahaya amalan takfir di Parlimen baru-baru ini, secara tiba-tiba seorang Ahli Parlimen PAS, YB Ustaz Zulkifli Ismail bangun melenting dan ‘menyerang’ beliau. Zulkifli menuduh pesanan Menteri KDN itu sebagai mengarut dan fitnah namun apabila Saifuddin bertanya apa yang beliau fitnah, ternyata Ahli Parlimen Jasin itu gagal membuktikannya.

Tidak semena-mena melenting marah itu rupa-rupanya ‘memakan diri’ Zulkifli yang juga seorang ulama PAS, malah beliau sendiri dilihat pernah ‘beramal’ dengan budaya takfir sebelum ini. Melalui kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lepas, ada satu ucapan Ustaz Zulkifli Ismail yang menyatakan bahawa akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah hanya daripada PAS sahaja. Menurutnya, selain PAS menurutnya seolah-olah mereka itu bukan dalam kalangannya.

Sehubungan itu, jika logik Zulkifli ini mahu digunakan, sudah cukup membuktikan ia bertentangan dengan agama. Ini kerana jika hanya PAS dikatakan sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah, maka bagaimana umat Islam di negara lain?

Tidak mungkin jika ‘fahaman’ ini benar ia hanya terpakai di Malaysia. Hal ini sudah cukup menjelaskan betapa terpesongnya logik ulama PAS tersebut.

Lihat sahajalah bagaimana reaksi seorang ulama PAS seperti Zulkifli apabila mendengar pesanan Saifuddin, terus beliau hilang pertimbangan dan bangun ‘menyerang’nya sebagai fitnah.

Selain itu, jangan dilupakan juga peristiwa Memali yang pernah dikaitkan dengan Amanat Haji Hadi, sehingga mencetus tragedi yang mengorbankan belasan nyawa termasuk empat anggota polis.

Walaupun PAS berkata ia sebagai “kemuncak manifestasi penentangan ahli PAS terhadap ISA”, namun hakikatnya jika amalan dan budaya  Islam itu indah, damai dan aman seperti kata Saifuddin, in sha Allah peristiwa seperti itu dapat dielakkan di kemudian hari.

Justeru kerajaan wajar bertindak awal mengekang budaya atau amalan takfir-mentakfir ini kerana jika dibiarkan, dikhuatiri lama-kelamaan ia akan menjadi semakin ekstrem dan radikal sehingga tidak terkawal.

Apapun, Al-Fatihah kepada semua yang telah terkorban.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts