PERDANA MENTERI UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA PROF. DR. MAHMOOD ZUHDI

77
SHARES
249
VIEWS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid yang telah menyahut panggilan Ilahi, semalam.

Menurut Perdana Menteri, selaku Presiden Majlis Dakwah Negara (MDN), Allahyarham Dr. Mahmood bukan sahaja banyak menabur bakti dalam memperkasakan syiar Islam malah beliau juga sentiasa melahirkan pemikiran dan idea bernas menyentuh aspek sosial, ekonomi serta isu-isu semasa. Ketokohannya sebagai ilmuan pasti tiada galang gantinya.

Perdana Menteri selanjutnya mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

In sha Allah semoga keluarga Allahyarham Dr. Mahmood Zuhdi reda atas pemergiannya serta diberikan ketabahan sepanjang masa.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts