MENTERI AGAMA CADANG BAWA SIMPOSIUM PERDANA HAJI KE MALAYSIA

67
SHARES
217
VIEWS

Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bercadang membawa Simposium Perdana Haji (Grand Hajj Symposium) yang dianjurkan secara tahunan di Arab Saudi ke Malaysia pada masa hadapan.

Simposium yang bertujuan menghimpunkan para cendekiawan dan pakar agama dari seluruh dunia bagi berkongsi pengetahuan, penemuan penyelidikan dan amalan terbaik dalam semua aspek ibadat haji.

Ia juga bakal memberi kemudahan kepada para pemain industri haji dan umrah di negara ini untuk mengambil bahagian di dalam perbincangan tersebut. Selain itu bagi membuka ruang perkongsian antara TH yang mempunyai lebih 60 tahun pengalaman dalam mengendalikan urusan haji dengan negara Islam lain.

Sumber: Laman Facebook Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts