PERDANA MENTERI SENTUH KETEGASAN, KOMITMEN KERAJAAN SELESAI PELBAGAI ISU RAKYAT

334
SHARES
2k
VIEWS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir ke Nilai semalam bagi pelancaran Sentuhan Kasih Desa, menyentuh ketegasan dan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menyelesaikan pelbagai isu rakyat. Antaranya seperti membasmi kemiskinan dan meningkatkan infra hatta kemudahan di klinik, sekolah dan lot perniagaan.

Perdana Menteri turut diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurut beliau, jumlah kemiskinan tegar dalam negara perlu dinoktahkan tahun ini waima semua jentera kerajaan terutama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan agensi di bawahnya perlu digerakkan segera ke arah memuktamadkannya.

Saya tekankan, pihak terbabit tidak hanya perlu membincangkan projek-projek besar dan mega, sebaliknya perlu berusaha membantu golongan terbabit keluar dari belenggu kemiskinan.” 

Di kesempatan yang sama, Perdana Menteri turut menyeru semua pihak supaya tidak menjadikan perbezaan politik sebagai senjata permusuhan sehingga banyak fakta yang tidak tepat dan fitnah dimomokkan terutama di media sosial mengenai usaha kerajaan untuk membantu rakyat.

Katanya, rakyat seharusnya perlu mengambil tanggungjawab dalam menyalurkan maklumat yang benar dan menangkis perkara yang palsu demi keharmonian bersama.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts