DUN KEDAH BUBAR 28 JUN 2023

338
SHARES
2k
VIEWS

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan pada hari Rabu, 28 Jun 2023 bagi memberi laluan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas sesi menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah bagi memohon perkenan pembubaran DUN Kedah di Wisma Darul Aman.

Oleh itu, bermula pada tarikh DUN dibubarkan, pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah akan dijalankan oleh “caretaker government”, di mana segala fungsi kerajaan akan berjalan seperti biasa sehingga kerajaan negeri baharu dibentuk selepas diberi mandat oleh rakyat pada PRN kelak.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts