KHAZANAH, KERAJAAN KOMITED JAYAKAN STRATEGI “MEMAJUKAN MALAYSIA”

66
SHARES
213
VIEWS

Mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) yang ke-3 bagi tahun 2023 telah diadakan beberapa hari yang lalu di mana peranan Khazanah dalam usaha pembangunan negara telah dibincangkan secara tuntas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan komited untuk terus memacu ekonomi Malaysia ke hadapan di dalam suasana ketidaktentuan pasaran dan geopolitik global.

Dalam hal ini, usaha menggembleng yang lebih kukuh di antara sektor swasta dan juga Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan mesti terus dipertingkatkan.

Khazanah akan terus bekerjasama dengan Kerajaan menerusi strategi “Memajukan Malaysia” (Advancing Malaysia) untuk memastikan hala tuju Khazanah sejajar dengan matlamat pembangunan ekonomi negara.

Pada mesyuarat tersebut, perbincangan utama adalah mengenai pelaburan oleh Khazanah untuk mengukuhkan ekosistem ekonomi domestik.

Fokus utama adalah tidak hanya kepada syarikat permulaan, tetapi juga kepada perniagaan yang sudah berjaya dan memerlukan modal untuk mendanai pertumbuhan masa depan.

Melalui penglibatan Khazanah, inisiatif ini dapat membangunkan bakat pekerja tempatan serta meningkatkan keupayaan dan daya saing negara.

Kedua-duanya turut membincangkan mengenai peri penting melaksanakan peralihan tenaga yang mampan bagi menjamin kelestarian ekonomi.

Berkenaan dengan ini, Khazanah akan mewujudkan satu platform pelaburan hijau yang baharu untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung, sama ada dari dalam atau luar negara.

Tujuannya adalah untuk membantu syarikat-syarikat tempatan, terutamanya syarikat Bumiputera, serta untuk mencipta lebih banyak pekerjaan berkualiti tinggi bagi rakyat.

Selaras dengan prinsip MADANI, Perdana Menteri menggesa Khazanah agar terus berada di landasan yang betul dan kekal dengan mandat sedia ada untuk menyampaikan manfaat ekonomi dan sosial yang mampan demi rakyat dan masa depan yang lebih baik untuk negara.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts