PERDANA MENTERI BERI JAMINAN PROGRAM RAKAN MUDA BERBEZA, IKUT GAYA PEMIKIRAN, PERANAN ANAK MUDA

336
SHARES
2k
VIEWS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa program Rakan Muda (Nafas Baru) memilih pendekatan yang berbeza dan tidak sekadar memberi nasihat atau berbentuk leteran orang tua dalam mendepani masalah anak muda.

Beliau yang melancarkan program tersebut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam berkata Kerajaan Perpaduan akui golongan belia merupakan penentu masa depan Malaysia dan memberi jaminan sebarang program yang melibatkan golongan ini akan diputuskan sendiri oleh mereka dan dibincangkan lebih lanjut di peringkat kerajaan.

Perdana Menteri turut berkata, falsafah Malaysia MADANI tidak terikat dengan pemikiran lapuk dan jumud bertujuan untuk meletakkan Malaysia kekal unggul dan menjadi contoh di dunia, ia mesti bergantung harap kepada gaya pemikiran dan peranan anak muda.

Beliau turut umumkan belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar bermula hari ini untuk menerima kredit RM200 bagi program eBelia Rahmah.

Perdana Menteri meletakkan harapan tingkat tinggi kepada anak muda dan golongan belia dari pelbagai kaum dan agama untuk terus memupuk nilai-nilai yang luhur sebagai usaha dan upaya memacu negara kita ke tahap lebih baik di masa hadapan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts