ANWAR VS MUHYIDDIN – DR. RAMALAN YUNUS

368
SHARES
2.2k
VIEWS

Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah semakin hampir. Semoga catatan kali ini dapat dijadikan sebagai bahan renungan kepada para pengundi di enam negeri yang terlibat.

Kelihatan pada PRN 6 ini akan berlaku pertandingan dua penjuru. Antara Kerajaan Perpaduan (PH-BN) dan Perikatan Nasional (PN). Antara gabungan parti-parti politik pimpinan DS Anwar Ibrahim dan TS Muhyiddin Yassin.

Soalannya kepada para pengundi adalah gabungan parti-parti politik yang mana yang harus diundi pada PRN 6 ini?

Ada 3 kriteria penting yang perlu diberikan perhatian dan penilaian bagi memilih gabungan parti-parti politik yang mana yang harus diundi untuk membentuk Kerajaan Negeri.

1. Ethicality

Secara umumnya ethicality yang saya maksudkan di sini ialah yang membawa maksud kualiti moral yang bersesuaian dengan piawaian betul atau salah dalam konteks sebagai penjawat awam dan dalam konteks bernegara.

2. Intellectuality 

Secara umumnya apa yang saya maksudkan di sini ialah seseorang yang mempunyai kemampuan yang tinggi untuk berfikir dengan menggunakan akal budi bagi membentuk dasar-dasar kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negeri atau negara.

3. Electability 

Adalah kualiti kewajaran seseorang itu untuk dipilih sebagai pemimpin kerajaan sesebuah negeri atau negara.

Sekarang mari kita buat uji banding antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Uji banding ini diharapkan dapat membantu untuk membuat pilihan secara rasional berdasarkan kepada akal sihat.

Bukan membuat pilihan berasaskan kepada persepsi dan sentimen yang membabi buta sahaja.

TS Muhyiddin Yassin dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia setelah melakukan “kudeta politik” atau lebih popular dengan istilah tebuk atap sewaktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Ini merupakan peristiwa politik atau rampasan kuasa secara politik yang pertama kali terjadi semenjak Proklamasi Persekutuan pada tahun 1957.

Biarpun ia dibenarkan secara Perlembagaan dan undang-undang namun ia salah dari segi etika ataupun moral. Ia dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap rakyat yang telah memilih Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan.

Setelah diperkenankan oleh YDP Agong untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau tidak berani untuk membuktikan di Dewan Rakyat bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti yang mencukupi.

Biarpun YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah meminta kepada Dewan Rakyat agar undi percaya diadakan namun permintaan tersebut tidak diendahkan oleh Speaker Dewan Rakyat pada ketika itu.

Ini juga merupakan satu lagi pengkhianatan kepada hak rakyat Malaysia. Demi kelangsungan jawatan politiknya, beliau telah menasihati YDP Agong agar memproklamasikan darurat di negara ini.

Proklamasi Darurat tersebut juga tidak disahkan di Dewan Rakyat. Ini juga merupakan satu lagi pengkhianatan terhadap rakyat Malaysia.

Peristiwa politik tersebut jelas membuktikan bahawa TS Muhyiddin Yassin tidak memiliki ethicality sebagai seorang PM Malaysia atau penjawat awam. Malah beliau tidak layak untuk dipilih semula bagi memegang sebarang jawatan awam.

Manakala DS Anwar pula menjadi Perdana Menteri Malaysia setelah memperolehi 82 kerusi pada PRU-15.

Biarpun tidak berjaya memperolehi majoriti mudah namun perolehan itu lebih tinggi berbanding dengan gabungan parti-parti politik yang lain.

Atas dasar tersebut beliau telah dititahkan oleh YDP Agong untuk berunding dan berkerjasama dengan parti-parti lain bagi membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan.

Setelah diperkenankan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10, beliau telah mendapat pengesahan sebulat suara di Dewan Rakyat.

Ketika TS Muhyiddin Yassin setelah menjadi Perdana Menteri Malaysia, negara telah dilanda dengan Plandemik Covid-19.

Kaedah yang digunakan oleh beliau untuk menangani wabak tersebut adalah dengan menuruti segala saranan dan arahan WHO secara membuta tuli tanpa berfikir panjang untuk kepentingan rakyat dan negara ini.

Beliau juga secara membuta tuli turut memaksa seluruh rakyat Malaysia untuk disuntik dengan vaksin yang tidak diketahui secara jelas kandungannya.

Kini terbukti bahawa vaksin Covid-19 mengandungi bahan-bahan merbahaya yang boleh mendatangkan mudarat yang berkekalan kepada manusia dan juga boleh menyebabkan kematian.

Maka adalah wajar sekiranya ada pihak yang melabel Program Vaksinasi Negara sebagai instrumen untuk pembunuhan rakyat Malaysia secara beramai-ramai.

Peristiwa ini membuktikan bahawa TS Muhyiddin Yassin adalah seorang pemimpin yang tidak cerdas dan tidak mempunyai kemampuan untuk berfikir dalam mentadbir negara dan mencari solusi untuk menyelesaikan krisis.

Manakala DS Anwar Ibrahim pula setelah menjadi Perdana Menteri Malaysia terus melancarkan perang terhadap korupsi yang menjadi masalah besar kepada pentadbiran negara.

Tindakan yang tepat bagi memulihkan kembali imej negara kerana telah dilabel di peringkat antarabangsa sebagai juara dunia dalam jenayah korupsi.

Komitmen ini pasti akan berupaya memulihkan kembali keyakinan para pelabur terhadap negara ini.

Seterusnya beliau telah mengisytiharkan konsep Bina Malaysia Madani sebagai hala tuju baru negara ini.

Satu wawasan untuk mencontohi Sunnah Rasulullah SAW yang telah berjaya mentransformasikan Yathrib sebuah daerah yang mundur menjadi sebuah Kota Madinah yang menjadi kemegahan umat Islam sehingga ke hari ini.

Ini membuktikan bahawa DS Anwar mempunyai azam dan kemampuan intelektual yang tinggi sebagai seorang Ketua Kerajaan.

Kesimpulan dari uji banding yang ringkas ini menunjukkan bahawa DS Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan memiliki electability yang tinggi berbanding TS Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional.

Logiknya beliau wajar diberikan sepenuh sokongan oleh seluruh rakyat enam negeri yang bakal menghadapi PRN tidak lama lagi.

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis politik & ekonomi bebas

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts