YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Laos Thongloun Sisoulith di Istana Presiden, Vientiane semalam.
Kunjungan ini mencerminkan hubungan akrab Malaysia dan Laos, termasuk jalinan antara rakyat yang erat serta hubungan ekonomi yang kukuh.
Sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, Perdana Menteri dan delegasi turut berkesempatan melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Dewan Negara Laos Dr Xaysomphone Phomvihane di bangunan Dewan Negara.
Mereka berpeluang membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama antara dua negara.
Delegasi turut sempat mengadakan sesi dialog bersama rakyat Malaysia di sana dan merasmikan Bangunan Kedutaan Malaysia di Vientiane, yang rata-ratanya berkecimpung dalam sektor perniagaan di negara tersebut.
Dalam pertemuan tersebut, beliau menyifatkan mereka sebagai kumpulan penting yang memainkan peranan besar dalam menyumbang kepada pengukuhan hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Laos.
Kerajaan Perpaduan juga akan memudah cara dan sedia menjalin kerjasama untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing ke Malaysia.
Di akhir lawatan, Perdana Menteri turut mengucapkan penghargaan atas layanan baik Vientiane atas layanan istimewa kepada seluruh delegasi.
Beliau yakin lawatan singkat selama dua hari ini mampu meletakkan hubungan dua hala kedua-dua negara pada landasan yang baik.