Kementerian Komunikasi dan Digital memaklumkan sejumlah 86.9 peratus dari jumlah 8,860 responden di seluruh negara bersetuju dengan konsep Malaysia Madani yang dibawakan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Menurut menterinya YB Fahmi Fadzil, hasil kaji selidik yang dijalankan Jabatan Penerangan kira-kira lima bulan lepas itu turut mendapati 68.1 peratus responden menyatakan bahawa mereka memahami konsep berkenaan.
Beliau berkata, penerimaan ini amatlah jelas berdasarkan hasil usaha dan ikhtiar kerajaan dari segi ekonomi, menjaga tatasusila dalam kalangan masyarakat, keharmonian, perpaduan, keutuhan masyarakat itu sendiri dan diterjemah lebih daripada semata-mata slogan atau konsep.
Dipetik dari laman Facebook Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM)