Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif e-kredit bagi membantu pelajar Sabah dan Sarawak di Intitusi Pengajian Awam (IPTA) untuk pulang ke kampung sempena perayaan atau cuti semester yang bakal dilaksanakan pada Ogos dan dijangka dilancarkan sebelum Hari Kemerdekaan.
Menurut Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook, inisiatif bantuan tiket kapal terbang itu akan dikreditkan ke akaun pelajar bagi membolehkan mereka membeli tiket kapal terbang untuk pulang ke kampung hala an masing-masing. Menurutnya, sistem tersebut sedang dibina dan memerlukan integrasi daripada syarikat penerbangan untuk membantu pelajar IPTA.
Jelas beliau lagi, melalui inisiatif ini, dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih kurang 50,000 pelajar dari Sabah dan Sarawak. Diharapkan melalui inisiatif terkini Kerajaan Perpaduan secara inklusif ini yang turut tidak meminggirkan anak muda dapat ditambah, sekaligus memanfaatkan mereka yang bakal menjadi pelapis bagi generasi seterusnya in sha Allah.
Dipetik dari laman Facebook Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM)