KENAPA TOMMY TIDAK KETUAI PENDAKWAAN 1MDB?

360
SHARES
2.1k
VIEWS

Perjalanan kes pertuduhan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memasuki episod seterusnya apabila Peguam Negara Tommy Thomas melantik dua peguam terkemuka untuk mengambil alih kes-kes berkaitan 1MDB selepas beliau mengambil keputusan melepaskan kes tersebut.

Pengunduran Tommy sebagai Pendakwa utama dalam kes berprofil tinggi ini menimbulkan persoalan dan keraguan kerana beliau melepaskan kes yang menjadi perhatian dan keutamaan negara.

Sedangkan menjadi komitmen Pakatan Harapan untuk membongkarnya sejak sebelum PRU-14 lagi dan kini Tommy sanggup menyerahkannya kepada peguam lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, Thomas berkata peguam, Datuk Sulaiman Abdullah akan mengetuai pendakwaan dalam kes membabitkan Datuk Seri Najib.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan bagi menyediakan kertas pendakwaan ke atas kes-kes berkaitan 1MDB.

Sulaiman dan Sri Ram akan berkhidmat dengan kerajaan secara ‘pro-bono‘.

Sebagai rekod, Sulaiman dan Sri Ram pernah berkhidmat sebagai peguam untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perbicaraan kes Liwat 2.0.

Thomas membuat keputusan itu selepas menyedari beliau tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kes Najib kerana kesibukan dalam menjalankan tugas sebagai Peguam Negara dan Pendakwa Raya, serta tuntutan yang pelbagai selaku pegawai undang-undang utama.

“Dengan pelantikan dua individu terkemuka dalam Majlis Peguam ini,
komitmen kami untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab terhadap kleptokrasi terbesar dalam sejarah dunia dengan amat serius, dan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat Malaysia, sesungguhnya memang tidak boleh diragukan lagi.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts