BERTEMU WARGA JPM, PERDANA MENTERI NASIHAT SELALU TURUN PADANG, BAIKI KELEMAHAN

67
SHARES
216
VIEWS

Dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya kebersamaan dalam mengangkat martabat darjat dan bangsa melalui perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.

YAB Perdana Menteri juga berkata perubahan total dituntut kerana rakyat selaku pemegang taruh sebenar tidak lagi boleh terus dihidang dengan sistem atau amalan serta budaya yang rosak dan menyusahkan.

Namun, perkhidmatan yang cemerlang memerlukan masa serta sikap yang istiqamah bagi mengelak imej serta reputasi pentadbiran kerajaan menjadi tempang dan rosak.

Perdana Menteri juga mengingatkan kepada pihak yang di atas, termasuk dirinya, sendiri mesti selalu turun ke bawah dan lihat apa yang boleh diperbaiki agar sistem penyampaian perkhidmatan awam negara terus berada di tahap yang terbaik dan membanggakan.

Pegawai atasan perlu turun padang melihat operasi jabatan agar segala kelemahan sedia dapat diperbaiki dengan wajar dan tidak menjejeaskan imej jabatan, penjawat awam dan negara.

Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga JPM Bagi Bulan Julai Tahun 2023 turut dihadiri YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas); YB Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi); YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA); YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM; dan wakil-wakil penjawat awam daripada setiap jabatan/agensi di bawah JPM.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts