IMIGRESEN TIDAK KOMPROMI PEGAWAI TERLIBAT RASUAH

70
SHARES
226
VIEWS

Kenyataan Media 

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) merujuk beberapa laporan berita yang diterbitkan pada 4 Julai 2023 yang mengaitkan dakwaan terdapat segelintir kakitangan Jabatan ini terlibat dengan amalan rasuah dan pelanggaran integriti.

JIM menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan dakwaan ini kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jabatan ini sentiasa berhubung, berbincang dan berkongsi maklumat dengan SPRM untuk membantu proses siasatan dengan lebih telus tanpa sebarang gangguan dari pihak luar.

Dalam konteks ini, JIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah sama ada yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau mana-mana Pejabat Imigresen di seluruh negara.

Jika terdapat pegawai Imigresen yang didapati bersalah, jabatan ini tidak akan melindungi pegawai tersebut serta akan mengambil tindakan di peringkat jabatan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

JIM komited dalam menambah baik Standard Operating Procedure (SOP) untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan juga pelawat asing yang memasuki Malaysia.

Dato’ Ruslin Bin Jusoh 

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts