PRN 6 NEGERI: RAKYAT KEMBALI MEMILIH

368
SHARES
2.2k
VIEWS

1. Hari ini SPR telah mengumumkan tarikh penamaan calon, tarikh mengundi awal dan tarikh mengundi bagi enam buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

2. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, pilihan raya merupakan ruang yang diberikan kepada rakyat untuk kembali memilih kepemimpinan kerajaan negeri yang baharu bagi tempoh 5 tahun.

3. Sebagai rakyat yang matang, kita perlu memilih calon pemimpin yang bertanding berdasarkan kriteria yang unggul, antaranya berintegriti, bersih, mempunyai daya kepemimpinan yang kuat, berilmu, berjiwa patriotisme serta bebas daripada rasuah.

4. Selain itu, kriteria yang paling utama bagi seorang bakal pemimpin negeri ialah mampu untuk mentadbir negeri dengan bijak serta mempunyai diplomasi dan hikmah yang hebat dalam membawa negeri berinteraksi di peringkat persekutuan dan juga di peringkat dunia.

5. Selamat memulakan kampen buat semua calon yang bakal bertanding dan juga para penyokong. Pastikan kita menjaga adab, tatasusila dan peraturan yang ditetapkan. Berkempenlah dengan sihat kerana rakyat menilai segalanya.

6. Semoga pemimpin yang bakal dipilih nanti mampu membawa negeri ke arah kemajuan dan kesejahteraan.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) 

Jabatan Perdana Menteri

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts