YAB PERDANA MENTERI PENTINGKAN ILMU, ADAB

70
SHARES
225
VIEWS

1. Malaysia bertuah kerana dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai ilmu pengetahuan tinggi serta pembacaan yang luas. Tidak sekadar itu, beliau juga secara aktif mendampingi ilmuan yang hebat dari pelbagai disiplin ilmu, sama ada dalam negara mahupun antarabangsa.

2. Sebagai pemimpin yang komited untuk melahirkan sebuah masyarakat madani yang berilmu, beliau telah membuka kediaman Perdana Menteri untuk diimarahkan dengan majlis ilmu.

3. Langkah seterusnya, beliau telah membuat peluncuran terjemahan buku “Adab Perbezaan Pendapat dalam Islam”, karya ulama terkenal iaitu al-Marhum Sheikh Dr. Taha Jabir Fayyad al-Alwani. Buku terjemahan ini adalah hasil kerjasama JAKIM dan ABIM.

4. Penerbitan buku ini sekaligus telah menambahkan khazanah ilmu bagi membantu pemimpin dan rakyat memahami dengan lebih jelas adab-adab yang perlu dipegang apabila berlakunya perselisihan pendapat.

5. Kehadiran buku ini tepat pada masanya!

6. Ketika ini keadaan negara dalam persediaan untuk menghadapi PRN di 6 buah negeri, pastinya semua pihak yang terlibat perlu memahami dengan baik inti kandungannya sebagai panduan apabila berlakunya pertembungan idea, pendirian mahupun pegangan.

7. Dalam keghairahan pemimpin parti-parti politik berkempen, seharusnya pengikut juga perlu dididik agar sentiasa mematuhi adab-adab dan peraturan yang berkuatkuasa. Pematuhan ini penting bagi menjamin keharmonian dan keutuhan perpaduan rakyat Malaysia.

8. Dengan memahami adab ini, perselisihan pendapat yang berlaku tidak akan menjadi punca keretakan dan perpecahan perpaduan rakyat. Ia pasti berjaya ditangani dengan sifat sabar, minda yang terbuka, dada yang lapang, adab dan hikmah.

9. Rakyat Malaysia kaya dengan keindahan nilai budi bahasa dan adab pekerti yang mulia. Pamerkanlah keindahan itu sebaiknya supaya dunia mampu melihat keindahan Islam dan kehebatan Malaysia MADANI. 

10. Marilah kita perkayakan diri dengan ilmu pengetahuan dan adab yang mulia.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM)

Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts