KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS NEGARA KE ATAS TIMBALAN PERDANA MENTERI

86
SHARES
278
VIEWS

Putrajaya, 5 Julai 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pejabat Menteri KKDW, Presint 4, Putrajaya, petang tadi.

Kunjungan tersebut merupakan pertemuan sulung Tan Sri Razarudin ke atas Dato’ Seri Ahmad Zahid selepas menjawat jawatan nombor satu pasukan pada Jun lalu. Pertemuan yang berlangsung selama hampir setengah jam itu membincangkan mengenai isu-isu semasa dan keselamatan dalam negara.

Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati YB Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain serta sentiasa memudahkan urusan kedua-duanya dalam menjalani tugas-tugas terkait rakyat dan negara, In sha Allah. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts