KONON DEMI MELAYU, NAMUN RIZAB MELAYU, EKUITI BUMIPUTERA MEROSOT DI BAWAH MAHATHIR

104
SHARES
334
VIEWS

Cerita Mahathir tiba-tiba jadi pejuang hak Melayu dekat-dekat PRN ini adalah cerita yang mahu merendahkan akal rakyat. Zaman dia jadi Perdana Menteri dahulu, kehidupan orang Melayu bukannya bagus sangatpun.

Contoh, tanah rizab Melayu. Jumlah tanah rizab Melayu paling rendah berlaku pada zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-4. Pernah satu ketika, peratusan tanah rizab Melayu mencecah 9.8 peratus sahaja daripada keseluruhan tanah semenanjung pada zamannya.

Peratusan ini meningkat pada zaman Pak Lah (12.3 peratus) dan kemudiannya menjadi 33.3 peratus pada tahun terakhir DS Najib Razak menjadi Perdana Menteri ke-6. Ini adalah peratusan paling tinggi sejak tahun 1921.

Kedua, ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat. Ketika Mahathir menjadi PM4, ekuiti Bumiputera adalah 18 peratus. Apabila beliau berhenti, ekuiti bumiputera kekal pada paras 18 peratus juga.

Ekuiti bumiputera hanya meningkat bermula pada zaman Pak Lah dan memuncak pada zaman Najib pada kadar 23.5 peratus pada 2011. Ini adalah kadar paling tinggi yang pernah dimiliki Bumiputera sejak merdeka.

Kebanyakannya berlaku disebabkan usaha dua Perdana Menteri ini untuk memperkasakan GLC seperti Tabung Haji dan PNB yang akhirnya menyebabkan penguasaan 43 peratus saham-saham Bursa Malaysia pada tangan GLC-GLC milik kerajaan dan rakyat.

Apabila Mahathir menjadi PM ke-7, ekuiti Bumiputera menjadi 17.2 peratus pada tahun 2019 dan terus merosot kepada 16.2 peratus pada akhir 2020, iaitu zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketiga, pendapatan rakyat. Pada zaman Mahathir sebagai PM ke-4, pendapatan isi rumah naik 3.1 peratus setiap tahun dan pendapatan Bumiputera naik 3.7 peratus. Pada zaman Najib, pendapatan purata rakyat naik 7 peratus setahun dan pendapatan isi rumah Bumiputera naik 8 peratus setahun.

Sejarah menunjukkan yang berdegar-degar bising mahu jaga Melayu ini akhirnya tidak ada hasil apapun. Orang tua kata, “air beriak tanda tak dalam”.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts