YAB PERDANA MENTERI PERKASA ISLAM

339
SHARES
2k
VIEWS

1. Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim sering menjadi sasaran tuduhan segelintir pihak yang mendakwa pentadbirannya tidak mengutamakan agenda Islam sehingga kononnya menyebabkan kedudukan Islam terancam.

2. Soalnya, adakah dakwaan itu bersandar pada fakta atau sekadar hasutan jahat yang yang tidak berasas dari pihak tertentu yang mempunyai agenda retorik perpecahan.

3. Islam menyeru umatnya supaya membuat tabayyun (menyelidik) bagi setiap berita sebelum dipercayai dan disampaikan kepada pihak yang lain. Sejarah merekodkan bahawa Anwar Ibrahim mempunyai jasa yang besar dalam mengembangkan agama dan syiar Islam di Malaysia. Kejayaan beliau dalam memperkasakan Islam pada masa yang lalu sehingga kini masih dinikmati oleh kita.

4. Sorotan sejarah menunjukkan Anwar pernah menerajui gerakan Islam sejak zaman mahasiswa. Beliau turut dipilih menjadi wakil Angkatan Belia Islam Asia Pasifik dan Gerakan Belia Islam Sedunia. Pernah menjawat Presiden PKPIM pada 1968-1971 dan Presiden ABIM pada 1974-1982. Di pentas orator, beliau dengan dengan yakin dan berani berdebat mempertahankan Islam melawan fahaman Marxisme dan komunisme.

5. Sebaik sahaja menyertai Kabinet Kerajaan pada tahun 1983, kelantangannya dalam memperkasakan Islam semakin kuat sehingga membolehkan Bank Islam dan Universiti Islam ditubuhkan. Lebih membanggakan ketika menjadi Menteri Pendidikan, beliau memperkenal pemakaian tudung dan seluar panjang dalam kalangan pelajar.

6. Kini, sebagai Perdana Menteri ke-10, Anwar dengan yakin dan terbuka menyatakan bahawa Islam akan terus dijulang di bawah Kerajaan Perpaduan. Ini dizahirkan dengan pengumuman peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkasakan institusi Islam dan merancakkan kegiatan Islam. JAKIM sebagai institusi utama Islam turut diberi peranan yang lebih luas serta dilibatkan dalam pembuatan dasar negara.

7. Dalam usia politik beliau yang panjang tersebut, banyak jariah beliau peroleh dalam mengembangkan Islam. Beliau merupakan contoh pemimpin Islam yang benar-benar mempunyai keazaman politik yang tinggi (political will) dalam memartabatkan Islam.

8. Gagasan Malaysia Madani yang beliau perkenalkan merupakan sebuah manifestasi yang jelas iltizam beliau untuk terus memperkasakan Islam.

9. Sebagai rakyat, marilah kita mengambil peluang untuk mewarnai dan melaksanakan agenda MADANI ini.

10. Insya-Allah, Islam akan terus kukuh dan gemilang di bawah kepimpinan Anwar.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts